Follow tips ni bila rasa badan tak sedap balik dari bercuti

0 Comments

Bila dah sibuk bekerja, mesti korang nak bercuti sepuas-puasnya bagi hilangkan stress, kan? 

Dan sepatutnya selepas pulang dari bercuti, kita akan lebih bersemangat untuk bekerja semula, tetapi lain pula jadinya. Mungkin ada di antara kita yang terpaksa ambil MC (cuti sakit) kerana tidak sihat selepas balik bercuti.

So kalau korang pernah mengalami hal yang sama, jom ikuti empat tips untuk kekal sihat semasa cuti dan selepas tiba di rumah.

  1. Tidur Yang Cukup
Kredit: Business Insider

Memang tak dapat dinafikan, bila bercuti kita teruja nak bangun awal tengok ‘Sunrise’ ataupun mahu ke pasar pagi. Tapi harus ingat, uols harus tidur awal untuk bangun awal.

Rehat yang mencukupi adalah satu perkara penting yang perlu anda penuhi untuk memastikan tubuh sentiasa cergas semasa cuti.

Walaupun tujuan cuti itu adalah untuk meneroka banyak tempat pelancongan yang mungkin, tetapi jika anda kurang tidur dapat membuat tubuh anda lemah. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam. Anda perlu berehat secukupnya selepas pulang dari bercuti.

  1. Jangan Sampai Dehidrasi

Korang perlu minum air masak dengan kuantiti yang banyak supaya anda sentiasa sihat semasa bercuti. Jangan sampai dehidrasi kerana ia akan menjadikan tubuh anda mudah letih dan diserang oleh penyakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Kurang minum air di negara dengan cuaca kering juga boleh membuatkan kulit anda kering dan menyakitkan.

  1. Senaman Ringan
Kredit: Healthline

Sekiranya bersenam merupakan aktiviti harian anda, teruskan aktiviti walaupun semasa cuti. Ini dapat memastikan tubuh anda sihat dan cergas sepanjang percutian sehingga anda pulang ke tanahair.

  1. Ambil Vitamin C

Ini sangat penting, setelah pulang ke rumah, ambil suplemen yang mengandungi magnesium atau Vitamin C untuk kesihatan keseluruhan badan. 

Anda juga dinasihatkan untuk memakan pisang kerana ia mengandungi kalium yang boleh membantu mengimbangi tahap elektrolit dalam badan.

  1. Minum Teh Chamomile

Setelah bercuti panjang, kembali ke tempat kerja boleh membuat anda rasa gugup. Minum teh chamomile supaya minda anda menjadi lebih tenang.

Jika anda mengalami kesulitan tidur selepas pulang dari negara yang jauh dan berlakunya perubahan masa atau jetlag, cuba minum teh chamomile sebelum tidur. Kesannya yang menenangkan akan membuatkan anda berasa lebih selesa.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.