2 Dec 2019 – Perjalanan Hari Ketiga

0 Comments

A person standing next to a boat

Description automatically generated

Hai gais! Pagi ni kitorg kena bangun awal pasal nak buat aktiviti special. Satu…nak tengok matahari terbit kat Lovina Beach. Dua…kita nak pergi tengok dolphin!

Ini sebab utama amik pakej Kembara Raja Cuti yang ni. Pasal kita boleh berenang ngan dolphin kat laut. Bukan senang nak dapat peluang ni. Biasa kita nampak dolphin dalam akuarium je tapi kali ni ada peluang untuk tengok haiwan adorable ni depan mata. Tapi jangan lupa alas perut sikit…pasal breakfast hanya disediakan lepas habis tour ni. Nasib baik bawak bekal sambal ikan bilis goreng ngan roti ?

Kena keluar pagi pasal ni lah masa dolphin keluar cari makan. Jangan risau, bot-bot tradisi Bali kat sini memang biasa bawak pelancong tengok dolphin. Kalau nak turun berenang ngan dolphin ni pun boleh tapi kena bayar lebih sikit la.

A boat on a body of water

Description automatically generated
A person swimming in the water

Description automatically generated
A group of people on a boat in the water

Description automatically generated

Mula-mula sampai kat tengah laut cari dolphin tak nampak pun….maklum la mata baru buka. 6.00 pagi kitorang dah ada atas bot tau! Rupanya kena pergi jauh sikit ke arah barat baru jumpa. Surreal sangat tengok ikan ni timbul kat permukaan laut. Biasa diorang berenang dalam group so senang nak nampak. Ada juga yg tunjuk aksi flip kat tourist. Memang best. Bot ni pulak dia akan bawa kita kejar kumpulan dolphin ni. Jangan takut la kalau laju sikit. Bot ni selamat walaupun nampak kecik. 2 jam juga kitorang kat tengah laut tu layan dolphin. 

Lepas breakfast, kitorg check out dari Aneka Lovina untuk ke Bedugul. Macam sebelum ni jugalah, pengangkutan dah termasuk dalam pakej. Senang je kan. ? nak ke Bedugul dari Lovina amik masa lebih kurang 1 jam la ikut Jl. Raya Wanagiri. Ini route paling cepat, so kalau korang jenis yg travel sendiri tak ikut pakej, hati-hati. Jangan sampai kena pusing jalan jauh bila naik teksi. Pasal kitorang pakai personal driver, dia bawa lalu jalan perkampungan. Layan lagu Bali dalam kereta sambil tengok pemandangan sepanjang jalan. Sempat la admire seni bina rumah tradisi Bali, hutan pokok pine (kat Malaysia payah nak jumpa ni) dan tengok penduduk Bali buat upacara keagamaan.

Biasalah, kalau dah sampai Bali tapi tak melawat Ulun Danu Temple memang tak sah. Sebab itu kitorg gerak ke Bedugul. Nak sangat tengok pemandangan syantikkk kat Ulun Danu. Bila lagi nak update gambar Instagram dengan shoot ala-ala model kan ?

Pasal makan kat sini jgn risau, dah disediakan semuanya dan yg penting halal. Lunch buffet ari ni kat Ulun Datu Resto. 

A picture containing sky, outdoor, grass, ground

Description automatically generated
A person sitting on a bench in a garden

Description automatically generated
A large body of water with a mountain in the background

Description automatically generated
A group of people standing in front of a crowd

Description automatically generated

Dah puas kat Bedugul ni, kitorang gerak gi Tanah Lot pulak. 1 jam setengah dalam kereta! Boleh tahan jauh la… Tapi pasal hari panas sangat, kitorang singgah dulu kat Agung Bali. Relaks dlam tempat aircond sambil beli ole-ole ?

A person standing in front of a building

Description automatically generated
A bridge over a body of water

Description automatically generated
A ship in a body of water

Description automatically generated
A large body of water

Description automatically generated

Finally, sampai gak kat Tanah Lot. Yang paling terkenal kat sini of cos la Tanah Lot Temple. Korang bayangkanlah, struktur pura ni tetap teguh walaupun batu tempat dia dibina tu kena hentam dengan ombak hari-hari. Memang cantik sangat!

Sebenarnya masa paling sesuai kalau nak melawat Tanah Lot ni bila diorang buat keramaian yg dipanggil Odalan. Odalan ni disambut setiap 210 hari. Masa tu boleh tengok org Bali turun sembahyang dan yg perempuan bawak barang persembahan yg diorang bawak atas kepala. Tapi takpelah, bukan rezeki kitorg nak tengok benda tu.

Dah puas ambik gambar semua ngan beli sikit cenderahati dari sini, kitorg gerak ke Kuta untuk check in. Hotel dia sama je macam haritu, Solaris Kuta. Penat kau…rasa nak pejam je ni. Tapi dek kerana perut lapar, terpaksa lah kitorang dinner dulu. Hahaha..terpaksa la sangat. Serius gais, makanan kat sini semua sedap2. Beza lah dengan makanan Indonesia yg kita makan kat KL tu. 

Terutamanya dinner malam ni. Menunya nasi padang kat Simpang Raya Bali.

A sign on the side of a building

Description automatically generated
A group of people sitting at a table with a plate of food

Description automatically generated
A table full of food

Description automatically generated

Lauk dia memang sedap. Rasa semua rempah ngan pedas dia!

Ok semua, kita nak rehat dulu sambil pack semua barang dalam luggage. Esok dah nak balik KL…sob sob. Kalaulah cuti ni panjang sikit, banyak lagi tempat nak pergi sebenarnya. Tapi nak buat camne. Maybe tempat yang kita tak sempat nak pergi tu boleh masuk dalam list untuk lawatan yg seterusnya. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.