Weekend Trip DD – Tadom Hills Resorts

0 Comments

Macam mana korang setakat ni? Boleh keep up dengan DD tak hihi Entri kali ni kita pergi weekend trip ke Tadom Hill Resorts. Tadom Hill Resorts ni terletak di Banting, dekat je dengan KL. Sekali sekala nak bercuti tak perlu pun keluar dari negeri sendiri ? 

Pada siapa yang berjiwa ‘nature’ tu, tempat ni kena dengan citarasa korang! Simple tapi perfect untuk keluar dari kesibukan kota. Even korang nak datang day trip pun boleh tau sebab ada banyak aktiviti kat sini. Tempat ni boleh bagi vibe macam kat rumah! Best. Basically, tempat ni kan, korang akan nampak semuanya buluh! Sebab katanya dorg dapat inspirasi dari situ dan masih mengekalkan vibe ‘nature’ tu tadi. 

Antara aktiviti kat sini yang kitaorg ada cuba ATV, Flying Fox tapi korang g mandi manda pun boleh je sebab bila sesiapa sampai sini, itu jugak la dorg attack dulu hahaha Even kalau korang nak buat aktiviti team building pun, ramai yang buat kat sini tau! Oh dan kitaorg kat sini siap dengan makanan tauu (pagi, tengah hari dan malam). Syiokkkk ? 

Kredit gambar – Aereonwong, Muhammad Iddin & Iqbal Hamidullah

Sepanjang DD kat sini, dah terasa macam duduk hostel hehe Sbb bilik yang kitaorg dapat, tempat mandi dengan tandas dia kat luar. Serius macam old skool gitu. Lupa sekejap masalah yang ada! Maaf la yer, DD ni kenkdg boleh jadi #deep hahaha Tapi tempat ni, Tadom Hill Resorts, DD memang rekemen untuk korang datang dengan famili sebab banyak aktiviti boleh buat bersama. 

Okayy sampai sini je DD weekend trip! Jumpa lagi pada next entri okayy. Haa kalau korang nak bagi suggestion tempat yang DD pergi pun boleh tauu! Just komen je tauu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.