First Pride Jalin Kolaborasi Jenama Pertama Dengan Menu Edisi Terhad Bersama Big Boss HSP

0 Comments

Jenama nuget ayam nombor satu di Malaysia iaitu First Pride, tampil dengan kolaborasi jenama pertamanya bersama Big Boss HSP iaitu restoran tempatan yang dikenali sebagai antara pelopor hidangan Hot Snack Pack (HSP) dari Australia ke Malaysia. Kerjasama ini menyaksikan pelancaran menu edisi terhad Together Lagi Best, yang menggabungkan produk ikonik First Pride dengan hidangan terkenal Big Boss HSP untuk pengalaman makan yang lebih mengenyangkan.

Terdapat tiga menu khas yang diperkenalkan sepanjang kolaborasi ini. Antaranya ialah First Pride Crispy Chicken Katsu HSP, yang menggabungkan ayam katsu rangup bersama kentang goreng, disaluti sos pedas Korea dengan sentuhan segar yuzu dan keju mozzarella cair. Hidangan ini ditawarkan pada harga RM14.90 untuk saiz kecil dan RM24.90 bagi saiz besar.

Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba First Pride Salted Egg Tempura Nuggets bersama Crispy Golden Fried Chicken (Hot & Spicy yang mengandungi kentang goreng, onion rings serta Signature Garlic Sauce pada harga RM43.90. Turut ditawarkan juga, First Pride Tempura Chicken Strips Wrap yang menggabungkan tempura chicken strips bersama tomato, bawang, daun ketumbar dan sos bawang putih kari Jepun dalam balutan tortilla pada harga RM13.50.

Menariknya, pelanggan yang membuat pembelian mana-mana dua menu kolaborasi ini di restoran akan menerima akrilik keychain edisi terhad First Pride x Big Boss HSP secara percuma. Tawaran ini terhad kepada satu unit bagi setiap transaksi dan selagi stok masih ada.


Menu Together Lagi Best boleh didapati bermula 3 Julai hingga 31 Julai 2026 di kesemua lima cawangan Big Boss HSP iaitu di SS15 Subang Jaya, Jalan Tun H.S. Lee Kuala Lumpur, TTDI Kuala Lumpur, Bukit Jelutong dan Jalan Pekan Ampang.

Bagi yang ingin mencuba gabungan menu baharu ini, ia hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad. Maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini boleh didapati menerusi laman media sosial rasmi First Pride Malaysia di Facebook dan Instagram, serta Instagram rasmi Big Boss HSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published.