Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

0 Comments

A sign on the side of the road

Description automatically generated

Untuk korang yang menggemari aktiviti lasak dan cintakan keindahan alam, korang boleh mencuba satu lokasi baru yang terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Ia lokasi ke-4 yang dibuka Skytrex dengan keunikan tersendiri, membawa konsep “bumi hijau” buat kali pertama, dan pastinya mampu menarik minat pengunjung khususnya golongan muda.

Istimewanya, Skytrex Sungai Congkak dikenali sebagai “Malaysia First Flying Fox Park by Skytrex” mempunyai lebih banyak elemen flying fox, lebih panjang berbanding cawangan lain, di samping keunikan Hutan Lipur Sungai Congkak yang tenang, kehijauannya terserlah serta tarikan Sungai Congkak itu sendiri yang mengalir terus di bawah laluan rintangan aktiviti.

A tree in a forest

Description automatically generated

Gambar : Free Malaysia Today 

Aktiviti dibuka kepada warganegara serta pelancong asing, bermula 9 pagi sehingga 3.30 petang. 

A close up of a sign

Description automatically generated

Gambar : Free Malaysia Today 

Sesi penerangan akan diberi sebelum memulakan permainan tentang kegunaan peralatan yang dipakaikan pada badan pemain.

Dengan “flying fox” terpanjang iaitu 110m, uols kini boleh “terbang” di udara, malah korang juga boleh jerit sekuat-kuatnya bagi melepaskan stres di tempat kerja atau sebarang tekanan yang korang hadapi.

Terdapat 3 pakej menarik disediakan untuk pengunjung iaitu River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare.

Setiap pakej ini mempunyai 25 halangan berbeza dan ia mengambil masa sejam setengah untuk melengkapkan keseluruhan halangan yang ada.

A person standing next to a tree

Description automatically generated

Gambar : the vocket 

Untuk 3 pakej ini, terdapat 2 litar berbeza mengikut pakej yang anda inginkan, iaitu River Thrill, ia bukan dikira pakej asas, tetapi pertengahan, jadi halangannya pun kira agak mencabar. Kemudian Rapid Extreme, iaitu yang lebih mencabar, ada 25 halangan.

So jika korang nal kedua-duanya sekali pun boleh, ia mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke garisan penamat.

Skytrex Adventure terkenal dalam mengetengahkan konsep keselamatan, rekreasi, mesra alam dan pendidikan, sekaligus mengadaptasikan idea tersebut di Sungai Congkak.

Sejak mula beroperasi di Shah Alam 12 tahun lalu, Skytrex membuka 3 lagi cawangan iaitu di Langkawi, Melaka dan Sungai Congkak yang terbaru.

Jurulatih akan menunjukkan cara menggunakan beberapa alatan ketika sampai di setiap halangan.

A picture containing tree, outdoor, person

Description automatically generated

Gambar : gogokids 

Tentang halangan pula, ia berbeza mengikut keunikan setiap cawangan yang ada, tapi di Sungai Congkak, mereka banyak flying fox, kerana mereka nak pengunjung merasai kenikmatan ketika terbang merentasi sungai itu.

Setelah penerangan diberi, korang diberi masa untuk mencuba sendiri alatan tersebut sebelum pergi ke halangan pertama.

Antara halangan lain yang terdapat di Sungai Congkak seperti Ladder up, Monkey Bar, Hug Pipe, Fish Bone dan Step Bridge.

A tree next to a body of water

Description automatically generated

Gambar : lifelivelah.com 

Ekstrimkan diri anda! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.