Australia tu bukan macam dari KL nak ke PD, jauh tahu dan ia memerlukan kos yang besar, ramai yang tak pernah sampai lagi ke sana disebabkan kos, bajet tak cukup so korang tak boleh lah pergi jauh-jauh.
Itu logiknya, tapis orang perempuan ni dah boleh sampai ke Australia dengan bajet RM2000, macam mana dia buat eh? Cik Gaya pun pening jugak mula-mula.
Melalui perkongsian Facebook Mira Maira, dia telah berkongsi tip dan itinerari meneroka bandar Perth termasuk sebelah barat dan selatan selama 7 hari 6 malam menggunakan kereta sewa.
Apa kata ikuti tip dan perkongsian beliau di bawah ini.
Penerbangan, bagasi dan visa
Kami beli tiket penerbangan sebulan sebelum penerbangan dan ketika kami beli harga agak murah iaitu RM700 return sebab ada promosi di Traveloka.
Untuk visa pula, saya cadangkan untuk mohon dahulu visa sebelum membeli tiket kerana banyak kes sekarang visa tidak lepas. Anda boleh mohon visa kangaroo dan ketika kami mohon visa dapat harga promosi iaitu RM18 dan perkhidmatannya cepat dan pantas.
Penginapan
Albany: Menginap di hostel 1849 Backpackers selama satu malam
Perth City: Menginap di Hay Street Traveller’s Inn selama 5 malam
Sewa kereta dan minyak
Kami sewa kereta di Aries Rental Car dan anda boleh hubungi pihak kereta sewa melalui aplikasi Whatapps (+61415359777). Kemudian, pihak kereta sewa akan minta bayaran sehari dahulu dan setelah sampai di sana anda harus membuat pembayaran penuh termasuk deposit AUD200.
Mengikut pemerhatian kami, kos sebanyak AUD216.82 untuk jarak keseluruhan 2,000 km dan stesen minyak PUMA tawar harga yang murah berbanding stesen-stesen lain.
Tempat letak kereta
Cirellos- AUD3.70
Watertown – AUD5.00
Fremantle – AUD2.40
DFO Airport – AUD20
*Kene alert dengan parking sign seperti 1P bermaksud boleh park maksimum sejam sahaja.
Had laju
Memandu di Australia kena banyak bersabar kerana kad laju berubah-ubah terutama sekali di bandar. Anda kena sentiasa peka kerada kadar saman di sini mahal.
Kad sim dan bayaran masuk tempat tarikan
Kami gunakan kad sim Optus iaitu 60GB berharga AUD25.
Caversham Wildlife Park – AUD30/pax
The Pinnacles Desert – AUD15/kereta
Sandboard di Lancelin- AUD10/pax sewa peralatan di Lucky7 shop.
*Tip: sewa peralatan di lokasi sandboard lagi murah iaitu dalam USD5
Makanan
Istanbul Kebabs & Turkish Bakery – AUD12.90/seorang
Fish & Chips (senior set) -AUD15/seorang
Charcoal Chicken Dianella -AUD15.90 (bbq ribs)- Tutup Ahad
Lobster Shack – AUD38
Insan cafe – kuet tiow goreng -AUD11.50
Aiskirm chocolate (factory choc) – AUD5.00
Tip melancong ke Perth
1. Declare sahaja makanan anda bawa terutama sekali beras.
2. Sila patuhi had laju and bayar parking kereta.
3. Anda perlu rajin Google tempat yang anda ingin pergi kerana waktu operasi semua berbeza dimana ada yang jam 5 sudah tutup dan ahad tutup.
4. Makanan wajib anda makan ribs lamb charcoal chicken express memang sedap.
5. Semua tempat guanakan waze sahaja.
Itinerari
Hari pertama
Penerbangan waktu malam dan transit di Bali selama 2 jam menaiki Citilink. Kami suka Citilink kerana diberi makanan percuma. Kemudian, kami pun mulakan perjalanan ke Perth.
Hari kedua
Sampai ke lapangan terbang pada jam 4 pagi dan urusan di imigresen berjalan lancar. Kami pun declare semua barang-barang yang dibawa masuk terutama sekali makanan.
Kami mandi di lapangan terbang dan selepas itu memulakan perjalanan menjelajah ke Western Perth menggunakan kereta. Kami hanya sempat berkunjung ke The Gap & Natural Bridge, Wind Farm, Target, Kmart, Coles (wajib cuba susu kopi dare), makan kebab di Istanbul Kebabs dan melihat orang memancing di pantai Albany sebelum check-in hotel.
Hari ketiga
1. Green Pool (tempat mandi manda).
2. Elephant rock (berhampiran Green Pool).
3. Cape Leeuwin Lighthouse (tidak masuk tapi hanya ambil gambar dari luar). Harga masuk agak mahal iaitu AUD60 untuk lihat lighthouse sahaja.
4. Canal Rocks (parking percuma).
5. Busselton Jetty (tidak masuk pun sebab train sudah tutup. Ambil gambar dari luar sahaja).
6. Watertown Outlet
7. Dinner dekat Charcoal Chicken (sumpah lamb ribs dia lagi sedap dari Tony Romas).
8. Check-in Hotel Hay Street Travellers (bandar Perth).
9. Beli susu kopi lagi – AUD 4.50 & mineral besar AUD5.50 (2botol 1.5ml).
*Tip : Pandu balik dari western ke bandar, anda kena pastikan minyak penuh. Jalan sunyi dan jika lalu kawasan kampung sukar jumpa stesen minyak.
Hari keempat
– Lepak minum kopi 7e dulu- AUD3.
– Terus pegi Blue Boat House (datang pagi tiada orang) boleh ambil gambar dengan tenang. Parking depan rumah-rumah kena seberang jalan.
– Lepas itu pergi terus ke cavershan wildlife. Anda kena datang waktu pagi sebab kangaroo masih lapar dan persembahan bermula pada 9.00 pagi- 9.30 pagi. Pastikan alert ngan aktiviti, showtime (bergambar dengan Koala Farm Show, Meet The Wombat).
– The Margaret River Chocolate (sila cuba aiskrim di sini dan ianya halal).
– Lunch di Fish & Chips di Cicerello’s.
– Fremantle Markets (Megabes) untuk beli souvenir murah. Kami berbelanja sebanyak AUD41.90.
– Watertown.
– Makan dinner di Insan cafe (Hay street).
– Rainbow Sea Container, 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia.
Hari kelima
– Singgah sarapan susu – AUD5.20.
– Moore River, Caraban WA 6041, Australia.
– Lancelin Sand Dunes, Beacon Road, Lancelin WA 6044, Australia (sewa kedai lucky 7 harga AUD 10 & deposit lesen kereta.)
– Pinnacles Desert Discovery Centre, Nambung WA 6521, Australia.
– Lobster Shack-Cervantes WA, 37 Catalonia St, Cervantes WA 6511, Australia.
– Membeli dan memborong segala jenis perfume dan vitamin c di dalam Chemist Warehouse.
Hari keenam
– Shopping di DFO (free & easy)
– Chemist
Hari ketujuh
– Chemist
– Pulang ke Kuala Lumpur
Menarik, bukan? Anda dapat melancong ke Australia dan menjelajah banyak tempat dengan bajet RM2,000 seorang.
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk korang!