Ayat basic Bahasa Jepun kena tahu
Ada yang boleh berbahasa Jepun tak kat sini? Mesti minat anime ni kan? Ke suka pergi Jepun? Betul ke orang kata belajar Bahasa Jepun ni susah gila?
Sumber: Otakudome
Jepun ni memang unik kan. Dari segi bahasa, budaya, teknologi, makanan dan semua lah. Jepun boleh dikatakan sebagai role model untuk sesetengah negara.
Sumber: fortwoplz
Ada yang kata kalau ke Jepun sekarang, jangan risau, ramai dah pandai English, diorang ok kalau you tanya apa-apa.
Tapi bagaimana kalau anda sesat dan dekat situ ada golongan berusia dalam lingkungan 55-60 tahun. Haa, macam mana ni?
Sumber: Nippon
Jangan panik, dekat sini, kita akan share beberapa frasa yang perlu anda save kat phone supaya jika situasi macam di atas berlaku, at least makcik or pakcik tu faham sesikit apa yang korang cuba cakap.
Thanks to Policy Street, yang mempunyai pengalaman ke sana dan berkongskikan beberapa frasa berguna ini.
1. あ り が と う ご ざ い ま す( arigatou gozaimasu )
| Terima kasih
Berguna dalam banyak situasi. Anda akan sering menggunakan perkataan ini.
2. お 願 い し ま す ( onegaishimasu )
| Tolong
Sesuai untuk digunakan ketika memesan makanan, meminta sesuatu atau meminta bantuan.
3. す み ま せ ん ( sumimasen )
| Maafkan saya.
Jika anda bertemu dengan seseorang atau ingin mendapatkan perhatian seseorang, seperti seorang pelayan atau kakitangan hotel atau orang asing di jalan, katakan “sumimasen“. Anda mungkin akan menggunakan frasa ini lebih kerap.
4. は い ( hai )
| Ya
Ia juga boleh bermakna “saya faham“.
Sumber: Policy Street
5. い い え ( iie )
| Tidak
6. ご め ん な さ い ( gomen nasai )
| Saya minta maaf.
Sumimasen akan membantu anda dalam kebanyakan situasi, tetapi jika anda melakukan sesuatu yang lebih serius, seperti melanggar kaki seseorang dengan beg pakaian anda, anda harus mengatakan “gomen nasai” sambil tunduk berulang kali. Selepas meminta maaf, tanya apakah mereka betul-betul dengan mengatakan, “daijoubu desu ka?“
7. わ か り ま せ ん ( wakarimasen )
| Saya tidak faham.
Jika anda tidak memahami apa yang dikatakan oleh seseorang kepada anda, gunakan “wakarimasen“.
8. 日本語 が わ か り ま せ ん ( nihongo ga wakarimasen )
| Saya tidak faham bahasa Jepun.
Jika seseorang bercakap dengan anda dan anda tidak tahu kenapa, atau jika anda cuba melakukan sesuatu, di hotel, contohnya, gunakan frasa ini.
9. 英語 を 話 せ ま す か? ( Eigo o hanasemasu ka? )
| Bolehkah anda berbahasa Inggeris?
Sebagai alternatif, anda boleh bertanya “eigo ii desu ka?” Atau “eigo OK?” Dan soalan ini biasanya akan mendapat response.
10. も う 一度 お 願 い し ま す ( mou ichido onegai shimasu )
| Bolehkah anda mengulangi itu, please?
#RCManual