20 Nov 2019 – Persiapan Part 1

0 Comments

Walaupun cuti 4 hari je tapi kerja kat ofis tu tetap kena pulun siapkan sebanyak mungkin haha Atleast masa cuti nanti orang tak kacau ? (tapi takpun). Tu yang busy namati beberapa minggu ni! Sampai tak sedar tinggal seminggu je lagi nak gerak hehe Seterusnya moh ler kita siapkan barang yang diperlukan. 

Lupa nak bagitahu yang kitaorg tak jadi amik AirAsia tapi kita pilih terbang bersama Malindo Air kalini. First, harga dia murah dalam seratus macam tu, jadi kira okayla! Jimat ? Second, untuk pergi ni kitaorg tak amik extra baggage tapi jangan risau, Malindo Air ni pun ada bagi 7kg baggage percuma untuk bawak dalam flight. Disebabkan kitaorg memang pergi bawak brg tak banyak so kitaorg mmg pilih untuk tak beli extra baggage. Kitaorg cuma beli extra baggage bila nak balik dari Bali ke Kuala Lumpur. Yelah, kalau2 banyak benda tertawan hati nanti, senang nak bawak balik untuk buah tangan ?

Benda paling penting bila nak travel ni, kena print tiket flight, itinerary dan juga passport. Tak lupa juga simpan dokumen penting ni dalam Google Drive atau OneDrive. Kita takla minta benda tak baik jadi tapi kena amik langkah berjaga-jaga tau. Atleast kita boleh cek kat pc atau secara online. Takla kita kelam kabut nanti!  

Part yang dinantikan haha Jom plan baju apa nak bawak! Tak shabar uols. Since cuaca kat sana diramalkan panas sepanjang kitaorg kat sana, jadi kitaorg plan bawak baju yang nipis dan selesa. 

Trip ke Bali ni 4 hari 3 malam jadi baju yang akan bawak dalam 4 atau 5 helai, seluar pula dalam 2 atau 3 helai dan shawl selalu kita akan bawak dalam 4 helai. Hat yang shawl ni, prefer untuk bawak yang takyah gosok hehe Senang dan memudahkan kita ? (tapi kalau korg bawak baju dan seluar sikit pun takpe sebab kat sana korg boleh shopping haha). Okay! Settle dah pasal baju hihi 

Macam kitaorg cakap tadi, kitaorg bawak beg kecil dan comel je sebab nak rasa pengalaman trip adventure gitu. Pernah tak rasa eksaited tapi dalam masa takut? Haa itulah kitaorg rasa huhu Harapnya semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hehe 

Ni baru part 1 tau hehe Nantikan Diari Kembara http://bit.ly/BaliDolphin persiapan barang keperluan part 2! pulak hehe Yang tu kita akan bagitahu lebih tentang tentang tukar duit, internet dan lain-lain. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.