26 Nov 2019 – Persiapan Part 2

0 Comments

Sekarang jom kita settle kan pasal duit pulak. 

Biasanya bila kita travel, mesti dah siap-siap keluarkan wang tunai ikut pada amaun yang kita nak bawak. Tapi untuk backup plan, kita ke bank untuk aktifkan kad ATM tu supaya boleh guna di luar negara dan terutama berguna semasa kecemasan. 

Ada kawan bagitahu bila di Bali nanti, cari ATM yang mempunyai logo PLUS. Sebaiknya kalau kita nak ke ATM, elakkan pergi pada hari sabtu atau ahad sebab risau kad kena telan dengan mesin, kita hanya boleh dapat semula pada hari bekerja dan semua kad ATM tidak berfungsi pada tengah malam pukul 12 malam sehingga 2 pagi kerana pada waktu itu sistem tengah down. 

Sebaiknya keluarkan atau siapkan duit kecil yang mencukupi ketika ini okay? Karang mengagau pulak korang bila tak ckup duit tu! Next stop kita ialah tukar duit RM ke rupiah hihi 

Untuk pertukaran duit ini, pastikan korang dah ada list seperti duit belanja, duit makan, duit beli ole ole, duit untuk masuk tempat menarik dan lain-lain. Bila ada list ni, senang korang nak keep track dan tahu duit tu simpan untuk bila. Takla korg nanti asyik nak bershopping je haha Tapi jangan lupa juga prepare duit lebih untuk sebarang kecemasan okay? 

Bila kita ke negara orang ni, mesti banyak gambar nak amik kan? Pastu nak upload kat Instagram lagi. Jadi mestilah kena beli internet hehe Kita ada dua pilihan iaitu satu, kita boleh beli simkad masa sampai kat airport Bali. Kedua, kita boleh beli dengan telco. Kitaorg pun memang dah lama guna postpaid Maxis, so kita amik je plan data roaming yang ditawarkan iaitu RM38 satu hari, unlimited calls dan SMS serta 500MB. 

Haa, penat menaip ni haha Tu je untuk kali ni. Rasanya macam nak cover semua! And kita dah ready to FLYYYY hihi Stay tuned untuk Diari Kembara perjalanan kitaorg kat sana, 30 November ini okay? Kot2 boleh bagi korg idea mana nak pergi nanti hehe   

Leave a Reply

Your email address will not be published.