29 Nov 2019 – Pengangkutan

0 Comments

Haluuuuu sis dan bro semua ?

Harini dah hari Jumaat (29/11) dan esok dah nak gerak ke Bali, Indonesia. Dah alang2 tengah terfikir apa lagi nak bawak (Biasalah gegurl kan overthink ?), tu yang curi masa sikit untuk tulis diari ni hehe 

Since flight kitaorg awal pagi, so kenalah prepare beberapa pilihan pengangkutan untuk ke airport.  Selalunya sebelum pilih tarikh bercuti, awal2 dah bagitahu ahli keluarga supaya dorg boleh tolong hantar hihi Kita pun dapatlah jimat tang tranpostation kih3 ? tapi kenkadang tu boleh jadi last minute semua sibuk, tak dapat hantar jadi kenalah ada pilihan lain!

Kitaorg memang akan buat pilihan atleast tiga tapi yang memudahkan kita untuk bergerak la ye. Antaranya ialah satu, naik KLIA Ekspress kat KL Sentral tu. Harga satu perjalanan hanya RM55 dan korang boleh terus check in luggage kat sini jugak tau. So bila dah check in, korang dah takyah risau dan just bawak diri sampai airport. 

Dua, book grab dari rumah ke KLIA. Kalau mcm sis, sis selalu kena dalam RM65. Okay, pilihan ni boleh jadi kenyataan bila dah terdesak sangat2 haha Sebab itu sis sebolehnya elakkan guna pilihan ni! Sis akan cari jugak orang yang boleh tlg hantar hihi

Tiga, minta tolong ahli keluarga hantarkan guna kenderaan sendiri. Sis selalu guna pilihan ni hehe Tapi kena bagitahu dorg awal-awal tarikh dan pukul berapa flight kita tu tau! Kang mahu bergaduh pulak takde siapa nak hanto ? Kalau guna kenderaan sendiri, hulurkan la sikit fulus untuk minyak dan tol, takla orang yang nak hanto tu rasa ralat kan hihi (Tips untuk amik hati adik beradik or parents kalau dorg tlg hantarkan ?) 

Last sekali ialah boleh Park N Ride Salak Tinggi. Tempat ni kat sebelah KLIA transit station dan salah satu tempat parking murah untuk korang park kereta sementara korang bercuti tu. Parking ni dibuka 24 jam tau so korg takyah risau kalau flight korang awal pagi. Caj parking yang dikenakan seperti berikut: 

  • RM3.00 (sekali masuk) 
  • RM5.00 (bermalam/overnight (tambahan))
  • RM1.00 (motosikal) 
  • RM50.00 (dikenakan kalau kehilangan tiket) 

Dari sini kita boleh naik ERL Salak Tinggi. Caj yang dikenakan bagi penumpang yang naik dari ERL Salak Tinggi ke KLIA hanya RM 4.90 (sehala) dan masa dalam 7 minit. 

Okay, cukup sampai sini dulu! Sis nak sambung mengemas pulak hehe Stay tuned kalau korang nak tahu apa aktiviti kitaorg kat sana. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.