4 Dec 2019 – Recap

0 Comments

Hai koranggg. Selamat kembali ke Diari Kembara ? Since harini dah masuk ofis, barulah ada masa nak story sikit apa yang kitaorg buat kat sana hehe Stay tuned sampai habis ye! Mana tahu kalau korg pun ada planning nak ke Bali, so boleh buat ni as rujukan korg hehe 

Igusti Ngurah Rai Airport  

Satria Gatotkaca Park 

HARI PERTAMA – 30/11/2019

Jejak je kaki kat Igusti Ngurah Rai Airport, kitaorg dah rasa amazing betui sebab besar weh airport dia haha (tapi korang make sure bila book tiket tu pilih Denpasar, Bali tau sebab airport ni terletak kat kawasan Denpasar tu) Kemudian, kitaorg dijemput oleh Mas Randy dan dipakaikan bunga dulu pastu baru ke mobilnya. Dari situ baru mulakan aktiviti mencari simkard dan makan tengah hari di Malioboro, salah satu tempat halal yang korang boleh pergi, kitaorg order Ayam Presto Goreng Krispi. 

Dah siap isi perut, kita gerak ke Agung Bali, tempat shopping di Kuta. Baru first day dah p shopping uols hehe Nasib iman kuat! Tak shopping memacam lagi kahkah Lepas cuci mata tu, kitaorg gerak ke tempat message! Yang ni complimentary, diberi dalam pakej, dapat message selama 1jam. Serius puas giler haha Dia punya layan tu sampai tertido la ? #janganjeles. Ouh ya, tempat kitaorg buat message ni kat Mango Spa, Bali Brasco. 

Kemudian baru gerak ke Uluwatu Temple. Since tempat ni tak masuk dalam pakej jadi kitaorg kena bayar 200,000 rupiah seorang, tapi kalau nak tengok tari kecak api sekali kena tambah lagi 100,000 rupiah. Tari Kecak Api ni bermula pukul 6 petang so pandai2 la korg plan okay kalau korg nak tengok la. Just nak bagitahu kat sini banyak monyet tau so jaga-jaga dengan barangan korang sebab dia suka betul amik cermin mata haha Jadi better datang sini bawak beg kecik atau bawak apa yang patut je! 

Dah puas main aci aci dengan monyet dan tengok sunset kat Uluwatu ni, baru kita gerak ke tempat makan malam. Makan malam untuk harini seafood. Portion dia banyak weh untuk 2 orang makan, jenuh kitaorg nak habiskan kahkah Kitaorg dinner kat Akame Restaurant. Makanan dia sedap dan halal tau, tu yang penting. 

Lepas tu barulah kitaorg check in haha Dah malam baru nak check in weh! Trip ni la yang paling rare! Hotel untuk malam ni, hotel 3 bintang iaitu Solaris kuta. Hotel ni kitaorg rekemen untuk korang stay sebab dekat dengan mini mart dan ATM. Takyah risau pasal wifi sebab wifi sini laju! 

HARI KEDUA – 01/12/2019

Pagi ni kena bangun awal sebab nak ke Pantai Lovina pulak. Jadi seawal pukul 8 dah pergi breakfast dan check out, pukul 9pagi tu dah gerak.  Harini pun kita akan berjalan sakan ye uols. First stop kitaorg pergi Batik Sari Amerta, tempat buat dan lukis kain batik. Serius kat sini batik dia semua cantik dan hasil lukisan dia menawan hati! Kalau tak kuat iman, habis dah borong (konon je haha). Nak masuk dalam takleh amik gambar so ni je yang kitaorg boleh tunjuk. 

Kemudian, kitaorg gerak ke Yatra Gallery iaitu tempat penghasilan silver dan emas yang berkilauan. Tempat ni kalau korg nak pergi make sure bawak fulus banyak sikit ye! Puas hati dapat berjalan dalam kedai tu tengok emas dan silver walaupun tak beli pape huhu 

Kemudian gerak ke tempat yang selalu pelancong pergi iaitu Ubud Market. Barang-barang kat sini memang banyak giler! Tapi secara jujurnya kat sini pun takla murah sgt, ada beberapa benda je yang murah seperti batik dan beg rotan. Selain itu, kat sini korg nak cari benda pelik dan rare, kat sini banyak okay haha 

Kitaorg amik masa atleast satu jam kat sini untuk membeli belah pastu baru gerak ke Kintamani. Bila sampai je sini, kitaorg lunch dulu kat Kintamani Restaurant. Kat sini buffet style so macam2 makanan dia dan yang pastinya halal! 

Kemudian kitaorg naik kat bahagian bumbung tu boleh nampak view tempat ni. Serius cantik! Siap boleh nampak gunung berapi yang masih aktif. Cumanya kitaorg tak sempat nak bergambar kat Bali Swing sebab baru lepas makan haha Kang ada pulak yang duk uwek uwek kat situ! NO NO. 

Dah puas bergambar kat sini, barulah kita gerak ke hotel Aneka Lovina Villa & Spa. Jalan kat sini rasanya lagi tajam selekoh dia daripada Cameron Highland tu. Akhirnya sis pun tidur dengan lena dibuai lagu traditional Bali untuk mengelakkan kejadian muntah dalam kereta hahaha Kawan sis je yang tak tido sgt dan dia ada bagitahu yang sepanjang jalan ni view dia memang lawa giler! 

Perjalanan dari Kintamani ke hotel lebih kurang dalam 2 jam lebih. So bila dah sampai sini terus check in, letak barang dalam bilik pastu rehat kejap! Dalam 30 minit cmtu baru kitaorg keluar tengok pantai. Eventho ada kolam renang ni pun tetap kitaorg tak sempat nak pergi haha Baru dua hari tapi muka dah mula terasa burn huhu Makan malam pun disediakan kat hotel tu jadi senang takyah nak kuar cari makanan! Senang betui guna pakej ni hehe Siap je dinner, balik bilik dan rehat sebab esok awal pagi dah nak kena bangun untuk dolphin tour pulak. 

HARI KETIGA – 02/12/2019

Seawal 6pagi dah gerak naik bot untuk Dolphin Tour, salah satu keistimewaan pakej ni. Almaklum la pertama kali nak tengok ikan lumba lumba ni, eksaited dia lain machem hehe Ramai juga sebenarnya yang tengok dolphin pagi-pagi ni! Berlumba la kitaorg mencari ikan lumba lumba ? Untuk orang yang mabuk laut tu pikir la banyak kali nak buat aktiviti ni ke tak hehe Sebabnya sis ada satu ketika tu terasa jugak pening lalat dan mual tapi nasib baik tahan! Kalau tidak ikan lumba lumba makan pagi uwek uwek sis hahaha 

Sekurang-kurangnya 2 jam sesi mencari ikan lumba lumba ni. Best! Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Kemudian balik ke hotel dan breakfast. Sorang breakfast american, sorang lagi breakfast indonesian food hehe 

Lepas tu kitaorg siap2 mandi dan kemas semua untuk check out. Aktiviti seterusnya kitaorg ke Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan di Bedugul. Kat Bali ni memang terkenal dengan temple! Hasil ukirannya pun cantikkk! Masa kitaorg sampai sini, orang pun dah makin ramai walaupun tengah hari dan panas, tu yang bertambah burn muka masing-masing haha Tapi kadang2 tu terasa angin sejuk dia, sebab sini pun dah atas gunung kan! 

Tempat makan tengah hari iaitu Ulun Danu Beratan Resto pun kat sini, jadi dah puas bergambar tu meh sini perut dulu hehe Tempat makan sini pun buat style buffet so senang kitaorg nak pilih makanan. Kalau rasa kenyang lagi, korg boleh makan sikit-sikit asalkan makan sebab nanti kita nak ke Tanah Lot Temple pulak. Tapi disebabkan kitaorg dah sampai awal, untuk kill time kita ber-shopping lagi di Agung Bali kat kawasan yang berdekatan dengan Tanah Lot Temple tu, kat sini serius murah! Macam2 kitaorg beli haha Ada la dalam 45 minit dalam kedai ni ?

Kitaorg gerak ke Tanah Lot Temple tu dah petang sikit so takla panaih sangat hehe Tapi muka ‘burn’ tu biasa la kan ? Besar jugak tempat dia ni. Sis memang eksaited habis, semua tempat nak bergambar haha Jadi model kejap gitu (perasan). Kitaorg suka sangat tengok ukiran kat kawasan temple ni, cantik and nampak mcm hidup tapi ada tu sebenarnya dorg lukis je tau! Kreatif sgt!

Kitaorg enjoy sangat trip sehingga hari ini! Sebab bukan selalu dapat tengok tempat yang menarik seperti temple di negara orang. Sesudah je bergambar, kitaorg gerak ke next destinasi iaitu tempat makan malam! Masakan padang, Restoran Simpang Raya, Bali. Second time sis makan masakan padang dan kalini sis enjoy! Setiap lauk dia cukup rasa dan sedap. Awal dinner kitaorg hari ketiga ni haha Malam tu memang keluar balik and beli meggi kahkah Lapo weh! 

Lepas habis dinner, beransur balik ke hotel Solaris di Kuta. Bila dah sampai hotel ni, tetiba terasa kejap je cuti ni nak habis! Esok dah nak balik huhu sob sob 

HARI KEEMPAT – 03/12/2019

Pagi hari ke-4 ni kitaorg macam biasa, breakfast pukul 8 dan pukul 9 check out, gerak ke Krishna, tempat shopping lagi haha (shopping saje lol). Kat sini kitaorg beli 2 lukisan untuk orang spesial hihi And beli ole ole untuk yang family, rakan kerja dan lain lain. 

Dalam kul 10 lebih tu kitaorg dah sampai airport, awal jugak la hehe Sementara nak tunggu berlepas tu, kitaorg settlekan baggage, check in dan makan sebab kitaorg tak amik makanan dalam flight. 

That’s the end of our journey! Alhamdulillah semua berjalan dengan sangat baik! Salah satu kenangan dan pengalaman MANIS bagi akhir tahun 2019. Tak shabar nak masuk tahun 2020 ni. Agaknya korang dah plan ke tahun depan nak ke mana? Jangan lupa untuk check out pakej yang best best di Pakej Kembara Raja Cuti okay? Confirm korang tak menyesal pilih sebab servis dan layanan dia memang the best ? 

Inshallah next trip untuk tahun depan kitaorg akan ke Jepun mungkin hehe Stay tuned untuk next Diari Kembara! ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.