Nak tiket flight murah? Ikut 7 tips ini!

0 Comments

Siapa yang tak suka travel kan? Kita selalu berasa jealous apabila melihat orang lain boleh travel dengan kerap. Some of them mungkin memang berkemampuan nak pergi ke mana sahaja. Tetapi ada juga yang travel secara bijak. Ini bermakna, mereka berupaya fly ke sana sini secara kerap dengan grab a good deal.

Artikel kali, mengenai panduan bagi mendapatkan tiket penerbangan pada harga murah.

Tips ini mungkin tidak boleh apply serentak, tapi boleh menjadi kalau kena dengan cara.

  • Tempah hari Selasa dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan satu daripada hari terbaik untuk anda membeli tiket flight. Ini kerana majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.

Syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

  • Tempah awal, tetapi jangan terlalu awal

Anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal daripada tarikh anda mahu terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.

Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.

Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

  • Pilih hari untuk terbang bersesuaian

Cuba anda tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.

12B70FAC-06FC-4E30-94D8-6C9FDF511503 (940×535)

Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ni, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

  • Cari ‘Best Deal’ untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

  • Pilih untuk Mendarat di Lapangan Terbang kecil

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow.

Lepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya cuba mendarat di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti Lapangan Terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

  • Buang ‘Cookies’ Pada Web Browser

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada web browser anda sekiranya dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang anda sudah tengok laman web mereka berulang kali.

Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, tolong amalkan tabiat padam cookies pada web browser. Kalau tak tahu nak delete cookies, google sahaja.

  • Bandingkan Harga

Jangan malas untuk Google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang berlainan. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja.

Anda akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan platform yang anda boleh cuba :

  1. Skyscanner
  2. CheapFlight
  3. Momondo
  4. Kayak
  5. Google Flight
  6. Ita Softwa

Nota: Kesemua maklumat yang digunakan adalah milik Mat Travel. Raja Cuti telah mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkannya.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.