Kashmir Permata Pakistan

0 Comments

Pernah tengok cerita Bajrangi Baijan tak yang Salman Khas berlakon dengan Munni bisu tu ? Dorang berlakon dekat sini lah.

Memang cantik, sejuk dan seddap mata memandang keindahan alam dekat sini.

Korang kalau pergi Kashmir, korang kena lawat semua tempat ni.

Nishat Bagh Mughal Garden, Srinagar

A view of a mountain road

Description automatically generated

Taman Nishat Bagh Mughal dibina memang lengkap dengan taman, landskap yang cantik serta bunga dan rumput. Terletak di tepi tasik Dal dan berdekatan dengan gunung-ganang. Memang pemandangan kat sini takde lah kat tempat lain.

 Dal Lake, Srinagar

A bridge over a body of water

Description automatically generated

Kalau nak merasai kehidupan dekat sini,korang sewa houseboat yang disediakan dekat sii. Cuba bermalam dekat sini disamping korang dapat makan makanan tempatan yang dimasak oleh keluarga yang tinggal di bot yang dipilih. Barulah dapat rasa budaya dorang kan ?

Thajiwas Glacier, Sonamarg

A car parked on the side of a snow covered mountain

Description automatically generated

Thajiwas Glacier yang terletak Sonamarg adalah sebuah kawasan yang paling dekat untuk anda mengakses dan melihat glasier di Pergunungan Kashmir. Ia merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati keindahan flora di Kashmir apatah lagi kepada anda yang sangat suka trekking. Kalau malas nak trekking, boleh sewa 4×4.

Saffron Fields, Pahalgam

A purple flower with a mountain in the background

Description automatically generated

Saffron memang mahal jika dibeli negara kita. Tapi dah alang-alang ke Pahalgam ni, jangan lupa singgah di Ladang Saffron. Dekat sini harganya lebih murah berbanding diluar kerana di sini memang tempat penghasilan bunga Saffron. Nak tengok mekarnya bunga Saffron ni datanglah pada musim bunga. Anda akan dapat tengok keunguan warna dan baunya boleh dihidu dari jauh lagi!

Aru Valley & Baisaran, Pahalgam

A group of people standing on a lush green field

Description automatically generated

Anda wajib singgah di Baisaran atau di Aru Valley bila di Kashmir. Baisaran dan Aru Valley dipanggil ‘mini Switzerland’ oleh sesetengah pelancong. View kat sini memang terbeliak lah mata. Tak tahu nak cakap cantik cemana. Gunung ganang Glasier ditambah pula dengan pokok pine meninggi beserta suhu dingin memang menakjubkan.

Tulian Lake, Pahalgam

A close up of a hillside next to water

Description automatically generated

Tulian Lake antara salah satu tarikan di Kashmir terutamanya untuk pendaki. Laluan trek denai untuk ke Tulian Lake agak mencabar di mana banyak batu perlu diredah dan beberapa ketinggian yang sukar perlu dilepasi. Jika anda bercadang untuk ke sini, pastikan anda menempah penunjuk arah warga tempatan untuk memudahkan pendakian anda nanti.

Kashmir Great Lake

A view of a mountain

Description automatically generated

Anda peminat aktivit hiking yang tegar? Ini aktiviti wajib anda. Sebelum itu pastikan anda luangkan lebih masa di Kashmir jika anda bercadang untuk mela 5 ke 6 hari untuk aktiviti ini sahaja.

Kashmir Great Lake sememangnya trekking denai yang sangat popular dikalangan pendaki kerana permandangan yang disajikan sepanjang perjalanan memang menakjubkan.

Anda akan melepasi beberapa tasik yang sangat cantik antaranya ialah Gadsar Lake, Satsar Lake dan Gangabal Lake. Selain itu laluan denai juga akan melepasi kawasan pokok Pine, kawasan rumput luas menghijau dan permandangan gunung ganang glasier.

Jadi dah sedia belum untuk teroka Kashmir?

Apa kata tahun depan kita g sekali nak ? Korang lanje la tiket untuk aku. Hehe

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.