10 Tempat Menarik Kuala Lumpur untuk Hujung Minggu

0 Comments

Kuala Lumpur memang tak lari dengan kesibukan dan kesesakannya. Namun di dalamnya juga terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati terutama yang sudah berkeluarga khususnya pada hujung minggu.

Cuti sekolah ni takkan taknak bawak anak-anak berjalan di kota raya ?

Usah bimbang, disini terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi tanpa mengeluarkan modal yang besar. 

Kalau taknak naik kereta, kereta api kan ada. Mudah bukan ?

A bridge over a forest

Description automatically generated

KL Forest Eco Park

Taman Eko Rimba KL , Hutan Simpan Bukit Nanas ini terletak di dalam kota batu Kuala Lumpur. Ini merupakan salah satu kawasan Hutan Simpan Kekal yang seluas 9.3 hektar.

Disini terdapat canopy walk yang korang boleh naik bersama ahli keluarga. Paling bestnya, ketinggiannya adala 18 meter dari aras tanah dan sepanjang 200 meter.

Harga masuk hanyalah RM6.00 dan parkir untuk kenderaan amat mudah.

A group of people standing next to a body of water

Description automatically generated

Taman Tasik Titiwangsa

Mula dibuka kepada umum pada Ahad lalu selepas ditutup lebih setahun untuk kerja penambaikan dan pengindahan kawan. Taman yang berwajah baharu ini akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Antara tarikan terbaharu adalah Kanopi Banjaran Titiwangsa, Laman Kerawang, Taman Air Kanak-Kanak dan Taman Permainan Kanak-Kanak. Menariknya taman ini guna boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

A tree in a forest

Description automatically generated

Taman Tugu

Mempunyai satu laluan hutan utama sejauhkira-kira 1 kilometer. Laluan di taman ini juga dilabel dengan papan tanda yang jelas. 

Jadi jangan bimbang anda tidak akan tersesat. Sesiapa pun boleh masuk ke dalam trail ini tanpa dikenakan bayaran. Taman ini dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

A small boat in a body of water

Description automatically generated

Taman Metropolitan Kepong

Antara taman reaksi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar Selayang dan Batu Caves. 

Taman ini dilengkapi trek joging dan berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak dan kawasan untuk permainan layang-layang. 

A room filled with lots of furniture

Description automatically generated

Perpustakaan Kuala Lumpur

Selepas ditutup untuk kerja pembaikan, Perpustakaan Kuala Lumpur atau Pustaka KL kini berwajah baharu sesuai untuk menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. 

Bukan saja ada private room untuk discussion tapi Wifi laju beb! Alang-alang dah kat KL tu bolehlah singgah. Perpustakaan ini dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad minggu pertama setiap bulan serta cuti umum.

A picture containing indoor, building, floor, table

Description automatically generated

Sky Park @ One City, Subang Jaya

Pusat membeli belah terkenal di Subang Jaya yang dibina bertemankan ‘garden’ iaitu bangunannya ditumbuhi pokok hijau. 

Apa yang amat dekat sini ialah Skypark di One City, anda dapat berjalan dan melihat dari tingkat atas melalui kaca. Sungguh mengujakan apabila kita boleh lihat suasana shopping dari atas iaitu dari tingkat 11. Masuk di skypark ini adalah percuma.

A picture containing floor, indoor, table, person

Description automatically generated

Kuala Lumpur Upside Down House

Salah satu tempat menarik yang terletak di KL Tower adalah Rumah Terbalik. Konsep rumah tradisional ini semua yang tunggang terbalik pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama anak-anak. 

Rumah terbalik di sini juga lebih meriah dan lebih luas untuk anda boleh berselfie dan bergambar. 

A group of people swimming in a body of water

Description automatically generated

Taman Burung Kuala Lumpur

Dekatkan diri dengan alam semulajadi sambil melihat keindahan flora dan fauna di tengah kota Kuala Lumpur. 

Di taman burung ini terdapat koleksi lebih 200 ekor burung dari dalam mahupun luar negara.

Ini merupakan taman burung terbuka paling besar di Malaysia. Pasti korang akan habiskan masa berjam-jam dekat dalam tu.

#RajaCuti
#RCLocalSecret
#KualaLumpur

One Reply to “10 Tempat Menarik Kuala Lumpur untuk Hujung Minggu”

Leave a Reply

Your email address will not be published.