Pernah tak korang terbayang ada orang yang duduk ditengah-tengah garisan sempadan antara dua negara ?
Mesti korang tak pernah terfikir kan sebab jarang penduduk akan membina rumah betul-betul diatas garisan sempadan, kalau ada pun mungkin tuan rumah tak mahu berpindah ataupun mungkin tiada rumah lain untuk didiami.
Pasti setiap hari tuan rumah akan melihat pegawai beruniform di halaman rumahnya , malah mungkin dia sudah jemu akan orang keluar masuk antara dua sempadan tu.
Di daerah Sungai Haji Kuning di pulau Sebatik ada sebuah rumah milik seorang penduduk disana yang terletak betul-betul di tengah sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
Memiliki konsep yang unik, bahagian depan rumah ini berada di tanah Indonesia sementara bahagian dapurnya pula terletak di tanah Malaysia.
Menariknya mengenai rumah tersebut, pemilik rumah mengecat bahagian depan dengan warna merah dan putih sesuai dengan warna pada bendera Indonesia,
Manakala di bahagian dapur dicat dengan warna yang melambangkan bendera Malaysia.
Menurut laporan, jumlah penduduk di bahagian Malaysia adalah seramai 25 ribu orang dan di bahagian Indonesia pula jumlah penduduknya seramai 80 ribu orang.
Di perbatasan sempadan tersebut tiada pagar kawat berduri dipasang tetapi yang ada hanya pos kawalan kecil dan tiang yang menjadi penanda sempadan yang ditanam setiap 1 kilometer.
Menarik jugak kalau berumah di sempadan, senang je, kalau dlam kes ni, nak masak kena cop passport, nak tengok tv kena cop passport.
Penat jugak lah kalau macam tu tiap harikan.
Kredit: Lumek Goreng
#RajaCuti
#RCLocalSecret
#Sempadan
#Rumah