Hak Anda Sebagai Penumpang Sekiranya Flight Delay.

0 Comments

Bercuti keluar negara mahupun dalam negara menaiki kapal terbang amat memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa.  Apatah lagi mudah untuk sampai ke destinasi dalam masa yang singkat.

Namun itu semua skeiranya segala proses berjalan lancer. Kita tak boleh nak tahu apa yang bakal terjaddi, samada perubahan cuaca mahupun ganguan system di lapangan terbang.  Jadi kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan terutama penangguhan atau perubahan masa penerbangan kita ( delay).

Flight delay memang memberi masalah buat seseorang lebih-lebih lagi kalau kita memerlukan penerbangan itu unutk tujuan khusus dan penting.  Baru-baru ni ada satu kes dimana flight tergendala sehingga 24 jam. Jadi itu menjadi satu masalah apabila kita memang berharap dekat penerbangan tersebut.

Oleh itu, kita sebagai pengguna mempunyai beberapa hak yang boleh dimohon sekiranya jadual penrbangan tidak berjalan seperti yang dirancang dan juga hak berkenaan permasalahan lain dalam penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dituntut oleh pengguna sekiranya mengalami situasi-situasi seperti berikut:

Penerbangan Tertangguh

Sekiranya penerbangan tertangguh selama dua jam, maka anda layak untuk mendapatkan khidmat panggilan telefon, makan dan internet secara percuma. 

Sekiranya tertangguh selama lima jam, anda boleh menikmati penginapan dan pengangkutan ke tempat penginapan secara percuma.

A close up of text on a white background

Description automatically generated

Penerbangan Dibatalkan

Sekiranya penerbangan anda dibatalkan, anda boleh memilih samada:

  1. Mendapatkan kembali bayaran penuh tiket penerbangan
  2. Penggantian penerbangan secara percuma
  3. Mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj

Tidak Dibenarkan Naik Penerbangan

Jika anda dilarang menaiki mana-mana penerbangan sekiranya pihak penerbangan menerima menerima tempahan lebih dari sepatutnya, syarikat perlu menggantikan kembali tiket penerbangan pada hari yang sama atau pampasan. Tapi kalau diri sendiri yang lambat sebelum boarding time, baik balik jela rumah.

A person holding a bag of luggage

Description automatically generated

Tuntuan Dan Pampasan

Jika beg atau peralatan bantu mobiliti anda tidak sampai dalam penerbangan yang sama atau hilang atau rosak, anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan anda. Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan tangguhkan terus buat laporan dengan segera. Jika anda tangguhkan atau sudah keluar dari lapangan terbang keberangkalian mereka akan menganggap kerosakan berlaku di luar lapangan terbangan dan anda cuba mengambil kesempatan atas kerosakan yang berlaku pada beg anda.

Orang Kurang Upaya

Syarikat penerbangan hendaklah menyediakan bantuan bermula dari masa anda tiba di lapangan terbang sehinggalah pelepasan. Sila maklumkan keperluan anda kepada syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pelepasan.

#RajaCuti

#RCManual

#Flightdelay

#Hak

Leave a Reply

Your email address will not be published.