Seni Budaya Di Malaysia

0 Comments


Keindahan dan kepelbagaian kaum di Malaysia mencipta pelbagai budaya unik hasil daripada percampuran seni budaya tersebut.

Umum mengetahui pelbagai kumpulan etnik bumiputeta di Malaysia yang kaya dengan nilai murni serta penuh dengan adat tradisi.

Oleh itu,seni warisan budaya perlulah dijaga agar ia tidak hilang di telan arus kemodenan.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu dan wajib memelihara serta menjaga seni budaya ini agar tidak terus hanyut dibawa kemodenan.

Berikut adalah seni warisan budaya yang perlu kita jaga dan dipromosikan agar anak zaman mendatang akan tahu tentangnya.

A picture containing building, table, outdoor

Description automatically generated


Kuda Kepang

Kuda Kepang merupakan satu tarian yang popular dalam masyarakat Melayu. Tarian yang berbentuk pahlawan berkuda, pada asalnya berasal dari Jawa, Indonesia dan kemudian dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di negeri Johor.

Kebiasaannya, tarian kuda kepang ini terdiri daripada 9 orang penari sambil diiringi dengan alunan gedang serta gong. Gedang ini dipalu mengikut irima, manakala gong pula dimainkan bagi menyedapkan sebagai bunyi muzik pengiring.

Pakaian yang dipakai penari kebiasaan pakaian khas ataupun pakaian Melayu lama kemudian menari mengikut rentak muzik dengan lenggokkan serta menggerakkan patung kuda ke kiri dan ke kanan seakan-akan sedang menunggangnya.

Kini kuda kepang dipersembahkan sebagai tarian tradisional dan bukan lagi ditarikan seperti dahulu kala yang terdapat unsur syirik.

A group of people on a stage

Description automatically generated


Chinese Orchestra

Ini merupakan satu persembahan yang terkenal dalam masyarakat Cina di Malaysia yang menggabungkan muzik elemen dari China dan Barat.

Selain itu, persembahan ini menggunakan instrumen tradisional Cina seperti Erhu, Pipa dan Dulsimer, malah turut menggunakan gubahan lagu-lagu tradisional masyarakat Cina dan lagu rakyat Melayu serta diselitkan dengan muzik Barat secara kotemperari.

A group of people walking down the street

Description automatically generated


Kolattam

Kolattam merupakan satu tarian traditional masyarakt India yang sering dipersembahkan oleh sekumpulan kanak-kanak ataupun remaja.

Perkataan Kolattam itu sendiri menggambungkan dua perkataan Tamil iaitu ‘kol’ yang membawa maksud kayu pendek, manakala ‘attam’ adalah tarian. Jadi, inilah sebab terhasilnya perkataan kolattam yang membawa maksud sebuah tarian kayu.

Antara tiga instrumen utama yang digunakan ketika tarian ini di persembahkan ialah Thavil, Pambai dan Urumi.

Selain itu, minima penari adalah 4 orang dan maxima seramai 20 orang penari, ini kerana mereka perlu menari secara berpasang-pasangan. Kesemua penari-penari mengenakan pakaian tradisi bagi lelaki dan perempuan.

A picture containing sport, athletic game, person, ground

Description automatically generated


Silat

Seni Silat ni memang sangat terkenal dan digunakan di rantau nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong

Baru-baru Unesco telah mengesahkan bahawa Silat adalah milik Malaysia.

A group of people around each other

Description automatically generated


Wushu

Tentu sahaja jika sebut tentang ‘wushu’, perkara pertama yang bermain di minda anda semestinya seni mempertahankan diri masyarakat Cina.

Umum tahu, wushu memerlukan penekanan yang tinggi akan tahap fleksibiliti serta kekuatan dan daya ketahanan seseorang individu. Malah teknik sempurna dan kepantasan juga turut dititik beratkan bagi mereka yang berada di dalam bidang ini.

A picture containing road, outdoor, person, building

Description automatically generated


Silambam

Seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat India adalah Silambam yang menjadi satu tradisi dalam kalangan kaum India.

Silambam yang lebih dikenali sebagai Silambattam dalam kalangan masyarakat India merupakan seni bela diri berasaskan pertempuran tongkat bertradisikan Dravidian.

Gaya ini dipercayai berasal 5000 tahun dahulu dari Bukit Kurinji yang kini digelar sebagai Kerala, sebuah negeri di India. Seni silambam boleh dianggap antara seni mempertahankan diri yang tertua di dunia kerana kewujudannya sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India.

#RajaCuti
#RCLocalSecret
#Budaya
#Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published.