Sebelum anda travel ke sesebuah negara, antara soalan yang perlu difikirkan adalah akses internet. Kalau ke negara seperti Jakarta, Bangkok atau Seoul, mungkin tak risau lagi. Sebab cari je public wifi. Perlu kita akui, sambungan internet kini telah menjadi sama pentingnya dengan keperluan harian seperti makanan, minuman dan juga tidur.
Tidak kira sewaktu travel atau workcation, as long anda ke luar mana-mana, internet itu penting! Rather than pentingkan untuk post photo dekat Instagram, anda akan perlukan internet untuk melakukan carian di Google mengenai sesebuah tempat anda mahu pergi. Nak check apps public transport di Tokyo and to book ehailing pun of course kena ada akses internet.
Akses internet penting untuk berhubung cara pantas ketika melancong ke luar negara. Justeru, pastikan anda sudah membuat beberapa kaji selidik mengenai pelan internet yang mengorak langkah menuju ke destinasi pilihan ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagai persiapan.
- Kad SIM lokal
Membeli kad SIM dari negara yang anda ingin bercuti merupakan pilihan yang mudah untuk kebanyakan mereka yang travel. Kebiasaannya, pakej kad SIM prabayar dihadkan sama ada bilangan hari atau penggunaan data yang diberikan. Kalau di Thailand atau Indonesia, penggunaan kad SIM lokal adalah lebih berbaloi dan jimat.
Beli sim kad yang murah tetapi dengan data internet yang banyak dan laju. Anda boleh pilih untuk beli ketika berada di lapangan terbang ataupun di mana-mana kedai telekomunikasi yang lain.
- Roaming
Depends anda pakai telco apa, before travel, check caj roaming yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telco tempatan ke destinasi yang ingin dituju. Kadang=kadang ada telco yang tawarkan pada kadar murah!
Tapi sila semak terlebih dahulu terma dan syarat serta pakej data apa yang ditawarkan untuk mengelakkan anda dikenakan caj data roaming yang mahal atau tanpa disedari.
- Portable Wifi
Kalau anda masih ragu-ragu mendapatkan peranti luaran untuk akses data yang mudah, anda boleh consider untuk menyewa Portable Wifi atau Pocket Wifi sebelum anda terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menjadi penyelesaian sekiranya disaat akhir anda masih tidak menemui cara terbaik untuk mempunyai sambungan Internet.
- Public Wifi
Option ni paling simple and senang! Tapi bagi penulis, ia esuai kalau anda follow travel package or group yang semua sudah disediakan. So, anda just perlu Tanya dekat mana-mana restoren anda pergi ‘Wifi password apa ya?’ untuk membolehkan anda upload photo di media social. Nak lagi best, kadang-kadang bas/van disediakan siap ada wifi okay. Upload la IG STORY sampai lebam!
Last but not least, anda perlu tahu perbezaan waktu antara Malaysia dan negara yang bakal dilawati. Ini sangat penting sekiranya anda ingin menghubungi keluarga di Malaysia nanti atau mempunyai sebarang urusan untuk dilakukan.
#RCEssentials #RajaCuti