5 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu

0 Comments

Siapa cakap kalau nak travel kena pergi luar negara? Nak pergi pantai, makan sedap, shopping kain? Tak yah pergi jejauh. Terengganu ada semua tu! Kalau Kelantan famous dengan Nasi Kerabu, Terengganu popular dengan Nasi Dagang. Siap pakej sekali kepok lekor, satar dan macam-macam lagi lah.

https://pbs.twimg.com/media/DnylDFTW0AAw8D0.jpg

Sumber: Rauf Husin

Berikut adalah lima tempat makan best yang disaran oleh Terengganu People sendiri. Confirm sedap leting ni sekmung sekkepuk sekpenyu.

  • Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung) 

Di Terengganu juga, antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan adalah ICT atau Ikan Celup Tepung. Kemain nama uolls. 

C:\Users\admin\Downloads\Nani\RC\25\2 (2).jpg

Warung Pok Nong ni terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang). Boleh la sambil makan ICT cicah sos sedap, tenangkan diri tepi pantai.

  • Nasi Dagang Atas Tol 

Bila sebut warung Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur Kuala Terengganu, cuba anda bayangkan sedang menikmati nasi dagang bersama gulai ikan tongkol yang pedas lagi ‘power’ itu! Kelazatannya berganda sebaik menikmati minuman popular di warung berkenaan iaitu teh tarik ais buih meleleh seperti ombak, lalu menu itu dikenali teh tarik ais Ombak Rindu!

Dengar kata dah ada empat cawangan dah now. Hebat! Cawangan di Atas Tol, Padang Negara, Losong dan Kubang Badak.

  • Restoran Mat Binjai

Restoran Mat Binjai memang terkenal dalam kalangan penduduk Kuala Terengganu sendiri dan juga pelancong luar.

C:\Users\admin\Downloads\Nani\RC\25\2 (4).jpg

Jangan terkejut ya, mereka menyediakan telur penyu sebagai hidangan tambahan. Alamak, macam bersalah je nak makan telur penyu. Erk. Tapi terpulang kepada anda.

C:\Users\admin\Downloads\Nani\RC\25\2 (5).jpg
  • Dynar Lekor

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, kini syarikat perusahaan keropok lekor Bukit Tok Beng ini mula menempa nama di segenap pelusuk negeri di Malaysia. Sebut sahaja kedai keropok Bukit Tok Beng, pasti ramai yang mengenalinya. Kini kedai berkenaan leboh dikenali sebagai Dynar Lekor.

Keenakan rasa keropoknya yang asli, telah menambat hati ramai penggemar makanan ini.

Antara produknya ialah keropok jejari biasa, keropok jejari keju, keropok cheese lava, keropok keju potong, keropok keju bawang, keropok lada hitam & keropok keju lada hitam. Boleh beli untuk makan di situ and bawa balik sebagai ole-ole.

  • Fauzi Nasi Kerabu 

Dah alang-alang berada di Pantai Timur, jom la try Nasi Kerabu juga. Fauzi Nasi Kerabu ni berjaya tersenarai sebagai 50 makanan jalanan terenak di dunia oleh The World Street Food Congress 2017. Buat mereka yang berada di Kuala Terengganu, pastinya Fauzi Nasi Kerabu tempat yang tidak asing lagi bagi anda. 

C:\Users\admin\Downloads\Nani\RC\25\2 (9).jpg

Menu lauk ayam bakar serta daging bakar dengan harga berpatutan antara yang menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung ke gerai ini.

#RCLocalSecret #RajaCuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.