Pernah tak pasang angan-angan satu hari nanti pergi vacay dekat Korea Selatan? Lagi best bila berangan tengah jalan-jalan playing tourist terlanggar pulak bahu Lisa Blackpink ke Jungkook BTS. OMG! YES PLEASE..
Mungkin angan-angan tu akan jadi kenyataan kalau korang pergi bercuti dekat beberapa spot menarik ni dekat sana.
1) K-Star Road
Dekat sini lah menempatkan pelbagai syarikat pengurusan artis terkenal seperti SM, FNC dan YG Entertainment yang mewakili artis seperti Big Bang, BTS, Blackpink, EXO, Twice dan sebagainya.
Jalan ni terletak dekat di Apgujeong-dong Galleria Department Store dan laluan ini sepanjang satu kilometer tau, kalau nasib korang baik, dapat la korang jumpa artis kesayangan korang.
Kawasan ini dibahagikan empat bahagian termasuk kawasan pejalan kaki menempatkan patung beruang diberi nama GangnamDols yang turut tertulis nama setiap kumpulan K-pop terkenal.
Di sini juga terdapat beberapa restoran dan kafe terkenal yang selalu jadi port artis lepak.
Tunggu ape lagi, masukkan K-Star Road dalam bucket list korang ya!
2) MBC World
Dekat sini korang boleh datang dan tengok sendiri macam mana di sebalik tabir penerbitan program dan drama Korea tau.
Pelancong juga diberi peluang untuk melihat sendiri proses penghasilan sesuatu rancangan.
Bukan dapat tengok, korang dapat melawat bilik berita selain teater hologram termasuk peluang bergambar di sekitar set program-program popular.
3) Suncheon Open Film Set
Kawasan ini dikenali sebagai kawasan set penggambaran terbesar di Korea Selatan tau dan ia terletak di Jorye-dong, Suncheon.
Di sini juga menempatkan 200 buah rumah menerusi tiga perkampungan yang melambangkan tiga buah era dari tahun 1950 ke 1970.
Pelawat dibenarkan untuk bersiar-siar disamping melawat beberapa set seperti East Of Eden dan Baker King Kim Tak-gu, A Werewolf Boy dan Gangnam Blues.
Cerita Running Man pun pernah diadakan di sini tau. Teringat pula dekat Lee Kwang Soo 😀
4) Namsan Seoul Tower
Tipu lah kan kalau korang tak tau menara ni, kalau minat cerita Korea mesti familiar sangat dengan menara transmisi ni kan.
Ini adalah menara transmisi bersepadu pertama di Korea yang dibina pada 1969.
Landmark ni lah yang paling banyak dijadikan sebagai lokasi dalam drama Korea.
Di bahagian paling atas itu juga terletak dek yang menempatkan beribu-ribu padlock yang dikunci pada pagar dan pernah dipaparkan dalam drama bersiri popular My Love From The Star dan Boys Over Flowers.
Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan menakjubkan termasuk merasai pengalaman melihat seni lampu digital berwarna-warni yang dipasang pada waktu malam pada menara itu.
5) K-Live
Jika anda tidak berpeluang untuk menghadiri konsert artis kegemaran anda, jangan bimbang, persembahan hologram secara 3D di K-Live boleh mengubat duka anda.
Terletak di Lotte FITIN Shopping Centre di Dongdaemun, lokasi itu juga menawarkan pelbagai aktiviti bersama artis dari YG dan JYP.
Apa macam semua? Teringin nak ke Korea tak?
Jom la berjalan, mana tau boleh terserempak dengan Idol korang. Best kan?
#RCLocalSecret