Taman Tasik Titiwangsa berwajah baharu, mesra OKU

0 Comments

Taman tasik titiwangsa dibuka semula

Sumber: Bernama

Setelah lebih setahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, taman itu kini dibuka semula sepenuhnya pada 15 Disember 2019 dengan berwajah baharu.

Mesti ramai yang tidak sabar untuk melihat apakah pembaharuan yang dibawakan ke taman tasik berkenaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

surprise wow GIF

Terdapat beberapa pembaharuan di taman berkenaan yang akan menjadi tarikan kepada para pengunjung seperti:

  • Kanopi Banjaran titiwangsa (dataran)
  • Laman Kerawang
  • Taman Air Kanak-Kanak
  • Taman Permainan Kanak-Kanak

Sumber: DBKL

Dengan ada Taman Air Kanak-Kanak ini, menjadikan Taman Tasik Titiwangsa sebagai lokasi ideal terutamanya pada waktu cuti sekolah dan hujung minggu. Seronok juga buat aktiviti riadah kan.

Sumber: DBKL

Pada masa sama, taman tersebut berkonsepkan ‘ínclusivity’ iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU).

DBKL telah memanggil anak-anak autistik dan cerebral palsy untuk cuba (taman permainan), selepas itu dapatkan komen ibu bapa mereka dan DBKL cuba tambah baik. DBKL mahu semua orang dapat menggunakan taman ini.

A picture containing tree, outdoor, grass, light

Description automatically generated

Sumber: DBKL

Selain itu, antara tumpuan utama di taman berkenaan adalah ‘High Fountain Jet’ di tasik itu dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter. High Fountain Jet itu boleh dikatakan bertaraf antarabangsa kerana pancutan air mampu naik setinggi 100 meter. Tugasnya bersama fountain jet kecil yang lain adalah sebagai sistem pengudaraan air tasik kerana di sini, cepat sangat alga (sejenis tumbuhan) tumbuh.

happy fresh air GIF by Un si grand soleil

Kerja-kerja berkenaan adalah satu daripada pakej dalam projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL), komponen pengindahan sungai melibatkan kos sebanyak RM99.88 juta.

Di tengah bandar raya, Taman Tasik Titiwangsa adalah satu-satunya lokasi strategik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam berbanding tasik lain.

Bagi mereka yang sudah merancang nak ke sana, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak ya. Nak pesan satu lagi, marilah kita sama-sama menjaga taman itu, jangan buang sampah merata-rata, please.  

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.