Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur?

0 Comments

A sign above a store

Description automatically generated

Gambar : FB Nasi Lemak Depan Kubur 

Kalau korang ada plan nak bercuti ke Port Dickson, banyak aktiviti korang boleh susun, sebab situ memang antara tempat percutian yang syok!

Well, hotel macam-macam design, nak tidur khemah pun boleh, tempat makan pun bersepah, dari yang murah ke mahal, dari yang biasa sampai lah tempat yang ada standard, janji ada duit, semua boleh settle punya. 

Tapi Cik Gaya nak cadangkan dekat korang yang nak ke PD tu, korang bolehlah singgah ke kedai makan Nasi Lemak Depan Kubur. 

Nama pun scary. Kan?

Tapi orang kita ni berani, dengar saja nama, masing-masing nak pergi try keenakan makanan yang dijual di sana. 

A car driving down a street

Description automatically generated

Sedikit info untuk korang, tanah perkuburan Islam Kariah Kg Teluk Kemang menjadi lokasi untuk mencari kedai viral Nasi Lemak Depan Kubur.

Pemilik kedai, Salmi Osman menyambung perniagaan arwah ibunya di lokasi yang sama.

Salmi berkata ia merupakan perniagaan arwah ibunya sejak 1995 dan dia meneruskan bisnes tersebut yang menggunakan lokasi yang sama iaitu di hadapan Tanah Perkuburan Islam Kariah Kg Teluk Kemang.

A person sitting at a table

Description automatically generated

Gambar : fb Nasi Lemak Depan Kubur 

“Dulu orang panggil kedai ni kedai makan Kak Ann, tapi namanya diubah, orang selalu panggil kedai ni kedai ‘depan kubur’, bila orang tanya dekat mana? Mereka akan jawab ‘ada ni tengah makan dekat kedai depan kubur’

“Lama-kelamaan nama itu melekat jadi ‘nasi lemak depan kubur’, kita senang, bagi nama kedai ikut mana yang lebih mudah ingat,” katanya.

Jangan cakap kita, orang yang nak daftarkan nama kedai ni iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pun seram bila dengar nama nasi lemak depan kubur taw. 

“Ketika ingin mendaftar nama kedai tu, saya ditanya banyak kali tentang nama kedai yang saya nak berikan, dia tanya ‘betulkah puan nak bagi nama kedai Nasi Lemak Depan Kubur ni?’

A group of people preparing food in a kitchen

Description automatically generated

Gambar : fb Nasi Lemak Depan Kubur 

“Dia tanya saya tiga kali untuk pengesahan, tak puas hati dia tanya lagi ‘kenapa nama kedai akak seram sangat?’ Saya pun kata sebab kedai saya ni memang betul depan kubur,” jelasnya.

Nasi Lemak Depan Kubur terkenal dengan resepi sambal kawah, namun pengunjung boleh menikmati hidangan lain seperti roti canai, lontong, bihun goreng dan bakso.

Salmi menjelaskan yang kedainya beroperasi bermula 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi sahaja dan tidak dibuka pada waktu malam.

“Saya bergurau dengan mereka kalau buka malam takut hantu kubur datang,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun pemilik kedai Nasi Lemak Depan Kubur ini berkata dia berniat untuk mengembangkan perniagaannya lagi sehingga waktu malam, namun masih dalam pertimbangan.

“Kalau dah buka waktu malam nanti, jangan lupa datang walaupun depan kubur nanti ya,” tak apa lah jangan pelawa nanti Cik Gaya menangis tak tidur malam dah 1 hal! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.