Gambar : iloveborneo.my
Cerita tentang Sabah, memang takkan habis bercakap tentang kecantikan pulau, yang korang memang tak boleh dapat dekat tempat lain.
Superb, unik, dan memang rare. kecantikan setiap pulau di sana memang tiada tandingannya.
Tapi korang rajin buat homework so baru korang taw banyak tempat cantik di Sabah ni.
Namun banyak-banyak pulau, tiada siapa sangka, terdapat sebuah lokasi tersembunyi yang menarik seperti tempat pelancongan di luar negara!
Pulau Pasir Timbul atau Pulau Terapung yang terletak di Kampung Malubang, Pitas, Sabah ini sebenarnya merupakan timbunan batu karang telah mati dan timbul secara semula jadi sejak beratus tahun yang lalu.
Jika dilihat dari pemandangan atas, ia seakan-akan berbentuk S.
Pulau Terapung ini tidak jauh dari Pulau Batu Supirak yang mempunyai cerita legenda.
Menurut penduduk setempat, Pulau Batu Supirak merupakan sebuah kapal yang disumpah oleh batu oleh seorang ibu terhadap anaknya yang tidak mengenang jasa.
Bagi korang yang suka mengambil gambar, korang pasti akan suka dengan pemandangan pemandangan ini untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi.
3 jam perjalanan darat, hampir 2 jam perjalanan laut.
Untuk sampai ke sini, u guys perlu menaiki kenderaan darat selama lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu ke Kudat, diikuti perjalanan 1 jam 30 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marina, Kudat menuju ke Kampung Malubang, Pitas.
Walaupun perjalanan ini agak lama, tapi pastinya ia akan menjadi pengalaman yang berbaloi.
Gambar : Malaysia Aktif
Apa yang boleh dilakukan di Pulau Terapung ini ialah “snorkeling” dan makan secara santai di tengah-tengah lautan.
Pusat pelancongan di Pulau Terapung ini dinamakan Floating Coral Bar, Pitas.
Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan segar dari laut dan juga sayur-sayuran . korang boleh menikmatinya secara “buffet”.
Gambar : iloveborneo.my
Menariknya, petugas dan kru di sini kebanyakannya adalah penduduk Kampung Malubang sendiri yang dilatih khas untuk pusat pelancongan tersebut.
Bagaimanapun, hanya 40 ke 50 orang pelancong sahaja dihadkan ke kawasan pulau terapung ini pada satu-satu masa bagi menjaga keselamatan serta menjamin ekosistem terumbu karang.
Tinggal di Homestay Kampung Malubang yang Berhadapan dengan Laut
Gambar : FB Indah Chalet Pitas
Sebaik sahaja sampai di sini, pasti u guys nak stay satu atau dua malam menikmati suasana kampung.
Untuk pengetahuan, Kampung Malubang ini merupakan perkampungan nelayan berbangsa Sulu.
Kebanyakan mereka merupakan penduduk yang beragama Islam.
Homestay Kampung Malubang ini berkonsepkan rumah panjang dan turut menyediakan makanan.
So korang tidak perlu risau tentang makanan kerana ia termasuk dalam pakej penginapan.
Rugi bukan jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak pernah merasai pengalaman melancong ke Pulau Terapung ini?