Kalau bagi RM1 juta, korang sanggup tak hidup dekat pekan kecil ni, tak ada elektrik, tak ada air?

0 Comments

A picture containing sky, outdoor, ground

Description automatically generated

Gambar : iluminasi 

Basically, kita sangat memerlukan air dan elektrik, itu benda basic kena ada dalam kehidupan. 

Tapi kalau diberi challenge, korang boleh tak hidup tanpa 2 benda ni? And korang rasa korang boleh tak survive? 

Lagi satu Cik Gaya nak tanya, berapa lama korang boleh bertahan dengan life macam tu? 

Sebab Cik Gaya rasa memang Cik Gaya tak pandailah nak hidup dengan tak ada elektrik and air, macam mana nak basuh itu ini dekat rumah? Nak mandi ke, habis gigi tak payah gosok ke? 

Lepas tu, Cik Gaya tak boleh tengok Tv and dengar Lite FM malam-malam sebab tak ada elektrik? Habislah hidup Cik Gaya, mana boleh tidur macam ni, sebab Cik Gaya akan dengar lagu-lagu love song sebelum tidur, baru la dibuai lena mimpi yang indah, muka-muka lelaki kacak yang akan melamar Cik Gaya ni akan muncul! Rasa tak nak bangun taw kalau mimpi macam tu. ‘

So Cik Gaya boleh mati kalau duduk dekat 1 tempat ni, memang tak ada air n elektrik iaitu  Slab City, terletak di California. 

A picture containing ground, outdoor, snow, building

Description automatically generated

Gambar : iluminasi 

Slab City ni merupakan sebuah pekan namun penduduknya bebas hidup dengan cara mereka. Bagaimanapun, wujud beberapa kekurangan besar untuk mereka.

Kewujudan komuniti penduduk yang rata-ratanya pekerja dari sebuah kilang kimia di Niland mengambil keputusan mahu menubuhkan sebuah komuniti sendiri kerana kerana kerajaan California sendiri tidak mempunyai perancangan untuk membangunkannya . 

Mereka tak ada kemudahan asas yang biasanya disediakan kerajaan, seperti kemudahan bekalan elektrik dan air, tapi yang untungnya, mereka tidak dibebani dengan cukai-cukai kerajaan yang biasa dikenakan.

Tiada sistem daftar hakmilik tanah membolehkan sesiapa saja berpindah ke situ, tapi of course la ramai yang dah pilih tempat yang bagus untuk diri masing-masing, yang lambat pergi cari tempat lain! Mereka akan gunakan botol sebagai penanda had. 

Ketiadaan sistem bekalan air memaksa penduduk membangunkan satu sistem mandian berasaskan kepada sebuah kolam yang akan mengepam air ke satu paip yang disambungkan kepada kepala mandian.

A person that is standing in the sand

Description automatically generated

Gambar : Iluminasi 

Di situlah satu-satunya tempat semua penduduk berkongsi untuk membersihkan diri, bergilir-gilir. 

Untuk mendapatkan bekalan elektrik pula, majoriti penduduk menggunakan panel solar yang dipasang pada kediaman mereka bagi menjana kuasa. Sebelum menggunakan solar, ramai menggunakan sistem generator namun kos yang tinggi mengakibatkan semakin ramai memilih panel-panel solar.

Beberapa ratus penduduk memang menjadi penduduk tetap Slab City, tetapi jumlah ini akan meningkat sehingga ke 5000 apabila tibanya musim tertentu seperti kumpulan keluarga yang memilih untuk hidup sementara dalam treler, sehingga berakhirnya musim panas di kawasan asal mereka.

Selebihnya, Slab City dihuni penduduk miskin yang melarikan diri daripada bebanan hidup, individu yang mahu keluar daripada sistem dan juga kumpulan individu kreatif yang mahu menjadikan Slab City ruang karya mereka.

Amacam..sanggup tak korang stay sini setahun kalau Cik Gaya bagi RM1 juta dekat korang? 

Leave a Reply

Your email address will not be published.