10 penyakit bahaya yang boleh dijangkiti ketika melancong

0 Comments

A person with a sunset in the background

Description automatically generated

Seronok seronok juga, tapi banyak perkara yang korang kena make sure diri korang selamat ketika bercuti. 

Lagi ditambah musim bawak Koronavirus ni, hrmm Cik Gaya sebenarnya tak berapa suggest kalau korang nak berleluasa pergi merata tempat. 

Sebab nak elakkan daripada terkena penyakit macam tu lah. 

Rupa-rupanya, ada lagi wabak lain yang korang boleh terkena ketika bercuti.

So maknanya korang kena lebih berhati-hati taw! 

  1. Hantavirus
A picture containing animal, cat, mammal, indoor

Description automatically generated

Kalau korang tinggal di kabin atau tapak perkhemahan di mana tikus datang dan pergi, korang perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih teliti untuk mengelakkan hantavirus.

Hantavirus adalah sejenis penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membunuh, berjangkit daripada air kencing dan najis tikus.

Kalau korang tersentuh najis tikus di kawasan seperti ini, membasuhnya sahaja tidak cukup kerana ia masih boleh tersebar. Untuk menghilangkan dengan sebetulnya, u guys perlukan peluntur, sarung tangan dan topeng muka.

2. Malaria

A picture containing fruit

Description automatically generated

Disebarkan nyamuk, malaria mencetuskan masalah besar bagi penduduk pribumi dan pengembara yang memasuki kawasan seperti hutan dan gunung. 

Cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri korang daripada digigit nyamuk.

Nyamuk Anopheles yang membawa malaria paling aktif pada waktu senja dan subuh. Gunakan kelambu dan penyembur serangga, dan pakai seluar panjang serta baju lengan panjang selama waktu berada di kawasan tersebut. 

3. Kanser kulit 

A picture containing person, clothing, woman, indoor

Description automatically generated

Sebagai ahli dermatologi Dr. Paul Yamauchi berkata bahawa semakin korang terdedah kepada matahari, semakin penting untuk korang mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda daripada terkesan.

Sebagai tambahan kepada krim pelindung matahari, korang perlu berhati-hati dengan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sensitif terhadap cahaya.

Ini termasuklah ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi dan antibiotik tertentu.

Pakailah pakaian pelindung matahari dan pelindung untuk mengelakkan sensitiviti cahaya daripada berlaku dan dapatkan rawatan perubatan jika pembakaran pada kulit pada tahap yang teruk.

4. Schistosomiasis

A picture containing outdoor, water, wall

Description automatically generated

Schistosomiasis adalah sejenis penyakit yang disebabkan cacing parasit.

And ramai yang tak sedar bahawa mereka dijangkiti penyakit ini ketika cacing-cacing ini “menjajah” organ-organ seperti hati, usus, pundi kencing dan organ lain.

Gejala-gejala awal termasuklah gatal pada kulit, demam, menggigil, batuk dan sakit otot. Semua gejala ini berpunca daripada tindak balas badan terhadap telur cacing ini.

Cacing ini biasanya memasuki badan manusia daripada air minuman yang tercemar di bahagian-bahagian di Afrika, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Caribbean.

Tiada vaksin atau ubat-ubatan untuk mencegah, jadi korang perlu lebih berhati-hati ketika meminum air.

5. Demam denggi

A picture containing animal, arthropod, invertebrate

Description automatically generated

Ramai orang tidak sedar bahawa demam denggi yang juga dikenali sebagai demam “breakbone”, adalah bahaya yang boleh dijangkiti di pantai-pantai indah di Caribbean, Amerika Selatan dan Tengah, Kepulauan Pasifik Barat, Australia, Asia Tenggara dan Afrika.

Menurut Dr. Yesim Tozan, profesor klinikal di jabatan kesihatan global Universiti New York, terdapat 128 buah negara yang membawa risiko penyakit ini.

Sebagai penyakit yang dibawa oleh nyamuk, demam denggi mungkin mencetuskan gejala-gejala teruk, atau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda korang dijangkiti. Walaupun ia jarang membunuh, demam ini boleh menyebabkan masalah besar kepada mereka yang mengembara kerana ia boleh mengganggu perjalanan dan dimasukkan ke hospital.

Demam denggi adalah penyakit kedua yang paling kerap menyebabkan pengembara dimasukkan ke hospital selepas malaria.

6. Influenza

A group of people walking on a city street

Description automatically generated

Kita biasanya memberikan perhatian kepada “musim” selsema sahaja, namun ia boleh berlaku sepanjang tahun. 

Klinik GeoSentinel mengumpul data tentang penyakit pada pelancong dan mendapati bahawa influenza adalah penyakit yang paling biasa boleh dielakkan. Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan suntikan vaksin.

Di Amerika Syarikat, influenza muncul pada bulan-bulan musim panas. Di kawasan tropika, selesema boleh disebarkan pada bila-bila masa sepanjang tahun tetapi biasanya tidak menyebabkan epidemik.

korang berisiko tinggi apabila berada di lapangan terbang atau kawasan yang sibuk dan sesak. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin beberapa minggu sebelum korang melancong.

7. Cirit-birit

A picture containing person, ground, outdoor

Description automatically generated

Dr. Miller menganggarkan bahawa sehingga 40% daripada pengembara akan mengalami penyakit yang menyebabkan ketidakselesaan yang sangat teruk apabila mereka mengembara ke negara-negara tidak membangun.

Penyediaan makanan adalah penyebab utama penyakit ini di mana sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air minuman yang tercemar menjadi sumber isu ini. 

Pesakit akan mengalami cirit-birit di antara 4 dan 5 hari, serta kekejangan pada bahagian abdomen. Kes-kes sederhana boleh diubati dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi seperti Pepto-Bismol atau Imodium.

Bagi jangkitan yang lebih teruk, antibiotik yang diambil bersama-sama Imodium boleh memendekkan jangka masa penyakit kepada 12 jam.

8. Hepatitis A

A close up of a person with blue eyes

Description automatically generated

Penyakit Hepatitis A disebarkan melalui makanan yang tercemar, biasanya oleh pekerja yang tidak membasuh tangan dengan bersih selepas pergi ke tandas.

Cara terbaik untuk mencegah diri korang adalah dengan satu siri vaksin sebelum berlepas.

Ini adalah langkah berjaga-jaga yang anda perlu ambil serius kerana virus ini akan menyerang hati korang, menyebabkan demam, sakit abdomen, letih dan demam kuning. Jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan sehingga sebulan.

Satu vaksin hepatitis A memberikan pengembara 95% perlindungan dalam masa 14 hari. Vaksin kedua iaitu 6 bulan kemudian, melengkapkan siri ini dan memberikan 99% perlindungan sepanjang hayat.

9. Demam tifoid

A picture containing outdoor

Description automatically generated

Jarang berlaku di kawasan industri seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah barat, Australia dan Jepun, demam tifoid adalah penyakit yang perlu menjadi kerisauan di seluruh dunia. Menurut Dr. George, kawasan yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk dijangkiti demam ini adalah di Asia Tenggara.

Juga merupakan bakteria yang tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar, demam tifoid boleh membawa kepada demam panas, letih, lemah, sakit perut, sakit kepala, hilang selera makan, cirit-birit dan ruam.

Jika tidak dirawat, jangkiti ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan kemungkinan kematian.

Demam tifoid dirawat dengan antibiotik dan boleh didiagnos melalui ujian darah atau najis.

10. Parasit kulit

A person posing for the camera

Description automatically generated

Nyamuk bukanlah satu-satunya serangga yang menggigit yang korang perlu risaukan.

Terdapat pelbagai jenis parasit kulit yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan dari ulser sehinggalah kepada kegagalan organ.

Oleh sebab itu, dicadangkan kepada mereka yang suka mengembara untuk kerap menggunakan penghalau serangga.

Salah satu parasit kulit yang sangat berbahaya termasuklah leishmaniasis, yang disebarkan oleh lalat pasir. Ia boleh membentuk ulser pada kulit dan merosakkan limpa serta hati korang. 

Sumber : iluminasi.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published.