‘airport jacket’, jimatkan ruang bagasi korang ketika melancong

0 Comments

Embedded video

Lepas ni, korang dah payah risau, kalau nak melancong, hanya letak pakaian je dalam beg, tapi barang lain macam gajet, wayar-wayar, stick untuk ambil gambar, korang boleh letak dalam jaket je yang boleh muatkan semua barang-barang tu. 

Beg besar-besar pun korang tak payah bawak sebab sekarang kita dah ada jaket pelbagai fungsi untuk meletakkan barang yang mampu menampung 15kg. 

Mak aih betul ke ni? 

Tengok karakter Cik Gaya ni ada jenis cakap tak betul ke? 

Jaket ni sangat sesuai untuk korang-korang yang suka OOTD, sumbat je semua barang dalam 1 jaket yang korang pakai, then zip. Tak ada siapa tahu yang korang bawa barang berat-berat tu sebab tersorok dalam setiap poket. Nampak pun kemas je, tinggal korang ingat dengan tidak jelah dekat poket mana yang korang simpan barang tu. 

Nama jaket tu ialah Airport Jacket, kalau Cik Gaya pakai memang nampak vass habis! (Tapi menangis dalam hati sebab letak barang sampai 15kg), OOTD punya hal, Cik Gaya strong kan diri! 

Dalam jaket tu korang bolrh letak barang seperti sebuah komputer riba, iPad, 2 pasang kasut, sepasang seluar jeans, tiga kemeja-T dan barang-barang lain. 

Korang boleh menggayakan jaket ini dengan 3 cara berbeza bergantung barang yang anda bawa. 

A picture containing outdoor

Description automatically generated

So walaupun badan korang dihimpit bebanan barang tu, tetap boleh tampil bergaya sebab warna yang ditampilkan hanyalah hitam. 

Cik Gaya tak kisah sebab hitam tu menawan, black is sweet. Kan? 

New-piece-of-clothing-tech-can-store-15-kilos-of-airport-luggage
C4kuvdXUEAApKl9

Awesome kan jaket ni? Korang yang selalu tak cukup ruang penyimpanan semasa travel mungkin ingin mendapatkannya.

Cik Gaya dah berangan ni nak beli 2 jaket tu, 1 lagi untuk kakak, mana lah tahu dia nak letak barang anak-anak dia, sebelah tangan dukung anak sulung, sebelah lagi anak bongsu, maklumlah anak kecil,

So dalam poket jaket tu boleh letak biskut, botol susu, lampin lagi. Kan dah senang? 

Malangnya, Airport Jacket ini hanyalah sekadar idea yang dibentangkan di laman Kickstater. Disebabkan idea ini tidak menerima sokongan yang secukupnya, makan projek Airport Jacket ini tidak diteruskan untuk dijual kepada semua.

Aduh! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.