Wow, Air Asia nak ‘refund’ duit semula dek kerana Coronavirus

2 Comments

Memberi tips kepada orang ramai bagaimana untuk membatalkan tiket penerbangan Air Asia ke negara-negara yang tidak digalakkan dan langsung tidak boleh melancong.

Sekarang ini Dang Sari lihat ramai kaki-kaki travel menangis tidak berlagu kerana orang ramai di seluruh dunia tidak digalakkan untuk melancong ke negara-negara yang terkesan teruk dengan wabak coronavirus yang masih belum ditemui vaksinnya.

Dang yakin ramai dah kan yang membeli awal tiket penerbangan ke negara seperti Korea, Jepun, China sebagainya namun terpaksa membatalkan niat untuk ke sana agar kita semua tidak membahayakan diri dan mengelakkan daripada terkena jangkitan wabak ini. 

Dang pun sekarang dah tak berani nak travel ke luar sebab ada dah kawan Dang yang balik dari travel terus disahkan positif coronavirus. Buat setakat ini tobatlah Dang nak pergi travel luar walaupun ada negara yang tidak terlibat pun dengan coronavirus.

Namun, korang jangan risau kerana syarikat penerbangan daripada Malaysia terutama sekali AirAsia dan Malaysia Airlines menawarkan dua pilihan buat mereka yang dah beli tiket sama ada korang boleh menukarkan jadual perjalanan ataupun membatalkan terus. 

Bagi pelanggan AirAsia yang ingin membatalkan penerbangan, anda boleh memohon tuntutan terus ke akaun bank anda atau akaun BigPay namun tuntutan ini hanya untuk tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2020 sahaja tau. Yang bulan April jangan gatal-gatal apply pula.

Caranya mudah sahaja nak minta refund. Dang tunjukkan cara-caranya seperti di bawah ini.

1. Korang perlu terlebih dahulu melayari laman sesawang AirAsia di sini dan klik ‘chat with AVA’.

2. Kemudian korang klik REFUND > AIRASIA NEW REFUND REQUEST > FLIGHT CANCELLATION REFUND > dan Klik YES.

A screenshot of a social media post

Description automatically generated

A screenshot of text

Description automatically generated
A screenshot of text

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone screen with text

Description automatically generated

3. Isikan semua maklumat yang diminta oleh syarikat penerbangan seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa tempah tiket.

4. Lepas dah ini maklumat itu, korang taip N jika hendak batalkan salah satu penerbangan dan taip Y pula jika korang nak batalkan semua penerbangan. Just korang letak nombor tempahan itu sahaja.

A screenshot of text

Description automatically generated

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

5. Dah selesai dengan itu, korang pilih nama pelanggan yang nak ‘refund’ tiket. Jika nak masukan semua nama pun boleh tapi masukkan semua ikut format yang diminta. Tak ikut karang tak lepas nanti.

6. Kemudian, korang taip satu subjek berkenaan kes tersebut.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

7. Korang pilih ‘refund’ pilihan korang sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana korang buat pembayaran terdahulu.

8. Last sekali, korang akan menerima Number Case oleh AVA dan korang juga akan terima Number Case itu melalui email yang telah korang daftarkan

Mudah bukan korang. Jadi, kalau Dang Sari beli tiket ini, Dang dah terus cancelkan. Selesai semua langkah ini, status refund korang kini ‘dalam proses’. Kebiasaannya proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari.

Namun, ada juga yang dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun Big Pay atau akaun bank korang. Kalau nak semak status, boleh je korang chat with AVA, ‘Check Refund Status’ dan masukkan Number Case anda. Mudah bukan? Jangan tunggu lama-lama, buat segera korang!!!

Link Facebook Air Asia

https://www.facebook.com/stayflyxadventure/posts/900516910364664

2 Replies to “Wow, Air Asia nak ‘refund’ duit semula dek kerana Coronavirus”

  1. nak tanya..refund ni entitle untuk negara yang terpilih sahaja (japan,hongkong, itali..etc) atau termasuk negara-negara lain (Australia, Singapore)

  2. hi Syamine, refund ni hanya untuk negara tertentu sahaja yang disenaraikan. bukan semua negara ya..TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.