Rugilah tak try ‘mi racun’ kalau dah sampai Batu Pahat!

0 Comments

A plate of food with stew

Description automatically generated

Gambar : thevocket 

Korang dengar nama mi racun tu mesti fikir 2 kali nak makan ke tak. Kan? Kang makan, mati pulak, tak ke sia-sia je hidup Cik Gaya nanti. 

Tapi biasalah, sekarang kalau jual makanan mesti bagi nama pelik-pelik sebagai daya tarikan untuk orang datang singgah dan beli, kalau sedap, orang akan repeat. 

So itu la strateginya yang orang sekarang pakai, hebat kan cara Cik Gaya fikir?

So kalau korang nak try mi racun ni, korang boleh singgah ke Batu Pahat sebab menu ni korang takkan dapat dekat tempat lain. 

Ia terdapat di 3 lokasi berbeza iaitu di Medan Selera Jalan Sultanah, Taman Seri Jaya dan di Jalan Timah Sari. 

A store front at day

Description automatically generated

Gambar : The Vocket

Lokasi kedai ini strategik kerana berhadapan dengan jalan besar. Kedai ini hanya menggunakan pagar besi sebagai dinding kedai. Tak susah nak cari tempat letak kereta kerana kawasan depan kedai banyak lot tempat letak kereta.

Kawasan dalam kedai agak sempit. Hanya beberapa meja sahaja diletakkan di bahagian dalam. Meja banyak disediakan di bahagian luar kedai. Sejurus sahaja kedai ini dibuka, ia terus dipenuhi dengan pelanggan.

Cakap pasa menu pula, korang patut try mee racun ‘gear box! Sampai sahaja makanan yang dipesan, korang akan tengok ada straw pada mee racun ‘gear box’. Ini memang rare. 

A bowl of soup on a table

Description automatically generated

Gambar : Bernama 

Straw disediakan bagi mereka yang ingin menghirup sumsum tulang kambing itu.

Sekali hirup kuah mee racun, korang akan fikir yang rasanya tak sama macam mee bandung atau mee hailam, mee kari jauh sekali. Tapi rasanya sangat istimewa. Kuahnya pekat dan isiya penuh dengan tauhu goreng.

Selepas beberapa suapan, korang akan rasa yang kuah mee racun ini ada rasa air rebusan daging. Terdapat 2 tulang kambing yang isinya sangat lembut kerana telah lama direbus. 

Kalau korang hirup sumsum tulang, ia memang penuh lemak. Sesuailah untuk korang yang nak hancurkan diet masing-masing. Haha.

kepada yang teringin meracuni jiwa dengan menikmati mee racun yang enak ini, boleh dapatkan info di bawah untuk ke kedai ini.

A group of people walking in front of a store

Description automatically generated

Gambar : Thevocket 

Nama restoran : Kedai Mee Racun 3G

Lokasi : Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat (waze)

Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am

Mungkin korang berminat dengan artikel ni?

Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur? https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-berani-tak-nak-try-makan-nasi-lemak-depan-kubur/

Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-patut-try-lunch-di-tengah-tengah-laut-dekat-sabah/

Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/stress-ke-jom-fly-lepaskan-geram-jerit-sekuat-hati-di-skytrex-sg-congkak/

Leave a Reply

Your email address will not be published.