Ladang Matahari, nak tau kat mana..?

0 Comments

A person holding a flower

Description automatically generated

Gambar : IG Ayilsfirzan 

Berbunga-bunga hati Cik Gaya asyik buat story yang kena dengan feel je, baru je Cik Gaya cakap pasal bunga Sakura dekat Kedah, ni korang pun tak payah buang duit nak pergi ke Thailand semata-mata nak bergambar dengan bunga matahari. 

Sebab dekat Perlis je ada…This is Malaysia guys! Again Cik Gaya cakap benda yang sama. 

Sebab Cik Gaya terlalu bangga dengan apa yang ada dalam negara kita, korang tak rasa macam tu ke? Sedih! 

Untuk pengetahuan korang, ladang bunga matahari ini terletak di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

A screenshot of a tree

Description automatically generated

Difahamkan ladang bunga matahari ini baru sahaja dibuka pada bulan Julai 2019 lalu. Bagi anda yang ingin menerokai ladang bunga matahari ini, tiket masuk untuk dewasa adalah RM6 dan RM3 untuk kanak-kanak. 

Murah kan? Masuklah berkali-kali pun tak sampai pun RM10 beb!

A sign on a dirt road

Description automatically generated

Bukan je korang dapat melihat keindahan bunga matahari, tetapi korang juga boleh bergambar tanpa had di sini. Terdapat lebih 150 spesis ular yang anda boleh jumpa di sini.

Hrmm ular-ular ni Cik Gaya tak suka, Cik Gaya suka buaya…buaya darat! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.