Jom rasai pengalaman rare, tidur dalam dome, beratapkan bintang dengan bunyian cengkerik!

0 Comments

A picture containing building, dome, person

Description automatically generated

Gambar : Facebook Hafiz Muhimim

Well, Cameron Highlands ni merupakan destinasi pilihan warga kota kerana lokasinya yang dekat tetapi tampil dengan tarikan menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan sebagainya.

But, mungkin korang dah biasa pergi Cameron Highlands, tapi ada juga tempat yang mungkin korang tak pernah tahu kewujudannya.

Cik Gaya tahu, tapi tak pernah lah pergi buat site visit dekat situ, tengok dari tepi je, memang cantik! Jauh dari kesibukan ibu kota, hanya bunyi cengkerik, bau tanah dan sangat menyenangkan. 

Terbaru, seorang pengguna Facebook Hafiz Muhimim telah berkongsi penginapan yang pasti akan memberikan anda satu pengalaman penginapan berbeza di A’moss Farmstay, Cameron Highlands.

Penginapan ini berkonsepkan perkhemahan dan sesuai untuk u guys yang bercuti bersama rakan-rakan atau pasangan.

A picture containing indoor, wall, bed, room

Description automatically generated

Gambar : Facebook Hafiz Muhimim

Akan tetapi, kalau korang ingin menginap bersama keluarga, anda mungkin perlu pertimbangkan dahulu kerana hanya terdapat 3 dome sahaja. 

Kalau ahli keluarga ramai, so ini bukan tempat yang sesuai lah Cik Gaya rasa.

Menariknya, penginapan ini berdekatan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas. Persekitaran penginapan ini dikelilingi dengan ladang teh akan membuat korang merasai suasana berbeza.

EQo_tB4VAAAqttg

Gambar : Facebook Hafiz Muhimim

EQo_4bsVUAA8e_h

Gambar : Facebook Hafiz Muhimim

EQo_4efUYAEVxuu

Harga penginapan di A’moss Farmstay bermula dari RM220 sahaja dan korang boleh membuat tempahan secara online. dan penginapan ini boleh dikatakan terkenal kerana selalu sold out.

Disebabkan hanya 3 dome yang terdapat di sini, tempahan secara walk-in tidak dibenarkan.

Tunggu apa lagi? Ini masanya untuk mencuba penginapan yang tampil dengan konsep unik ini! 

Mungkin korang berminat dengan artikel ni? 

Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur? https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-berani-tak-nak-try-makan-nasi-lemak-depan-kubur/

Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-patut-try-lunch-di-tengah-tengah-laut-dekat-sabah/

Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/stress-ke-jom-fly-lepaskan-geram-jerit-sekuat-hati-di-skytrex-sg-congkak/

Leave a Reply

Your email address will not be published.