Kalau Cik Gaya memang tak pegi lah tempat macam ni, ditambah pula Cik Gaya ni memang lemah semangat, dah la ramai orang muda yang mati sakit jantung awal-awal ni. Risau Cik Gaya.
So, Cik Gaya boleh bagi idea dekat korang jelah siapa yang berani tapi Cik Gaya fikir, siapa yang berani dan disarankan orang yang bukan Islam boleh lah try tempat ni.
Konsep yang dipilih memang tegak bulu roma, sebab melibatkan hal berkaitan kematian, cara dihidangkan pun penuh dengan design tengkorak, darah, memang Cik Gaya takut!
Kedai tu bukan dekat negara luar, tapi dekat KL sendiri okay! Sesungguhnya Cik Gaya tak pernah pergi, tapi boleh lah Cik Gaya share info yang Cik Gaya tahu.
Untuk info, nama kedai ni ialah The Deceased, terletak di Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur.
Ternyata ia adalah konsep bar, dan hiburan malam di KL. So kalau korang nak bawak girlfriend datang dinner, Cik Gaya tak sarankanlah, kang pengsan korang salahkan Cik Gaya pula sebab yang bagi idea kan?
Jangan tanya lebih-lebih okay!
Kalau korang nak tahu kedai ni dah dibuka sejak 2018, dan ia meletakkan nama menu-menu yang pelik dan menakutkan. Korang takkan jumpa nama menu yang dekat sini dengan tempat lain.
Antaranya, Spirits of banana tree, Santau iaitu minuman sirap dicampur dengan serai dan halia, Dukun iaitu susu yang dicampur dengan sirap, aku tak akan mati-mona fendy. Karma adalah campuran strawberry, vodka, jus lemon dan sparkling wine. dan macam-macam lagi.
Kalau perhatikan dari pintu masuknya, ia mempunyai sehelai kertas yang mengandungi tulisan cina berwarna merah, kemudia korang tolak je pintu tu untuk masuk, korang akan nampak tangga menuju ke tingkat atas dan dipenuhi dengan dinding yang dipenuhi dengan cap tangan dan darah yang cicap pada dinding tersebut.
Ada juga patung-patung yang rambutnya berserabut diletakkan ditepi tangga dengan hiasan lampu berwarna oren malap menambahkan lagi rasa gerun korang sebelum sampai ke tingkat atas.
Amcam, berani tak?
Gambar : eatdrinkkl.blogspot.com
Cik Gaya pun baru je tahu kewujudan tempat ni, dan Cik Gaya rasa inilah tempat makan yang paling menggerunkan dan kalau Cik Gaya pergi, esok lusa belum tentu boleh tdur walaupun perut kekenyangan.
Tapi nak tengok makanan pun dia serve ada tengkorak, lalu ke tekak Cik Gaya nak makan? Makan sambal menangis nanti!
Apapun, korang boleh tengok vide di bawah ni so korangpun boleh feel dulu sebelum korang pergi ke tempat ni!
Mungkin korang berminat dengan artikel ni?
Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur? https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-berani-tak-nak-try-makan-nasi-lemak-depan-kubur/
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!