Nak rasa pizza yang lebih sedap dari Domino’s dan Pizza Hut? Jom ke Cameron Highlands!

0 Comments

A person sitting in front of a pizza

Description automatically generated
Instagram tinyboutiquehabitat 

Kalau bercakap tentang pizza mesti korang dah biasa makan apa yang di KL seperti Pizza Hut dan Dominos. 

Cuba korang ubah angin sikit-sikit, feeling-feeling makan pizza panas-panas, teksturnya yang lain dari pizza yang jual dekat KL tu, makan dengan cuaca sejuk-sejuk dekat Cameron tu, tempat makan pula macam dekat taman bunga sebab hiasannya seperti kita berada di negara barat. 

Cik Gaya dah sampai dekat tempat ni! Memang recommended beb! 

Sumpah korang memang takkan rugi kalau pergi ke sini. 

Well bila bercakap pasal Cameron Highlands ni, korang mesti akan terfikir strawberi coklat, scones, jagung mutiara dan nasi lemak strawberi sebagai menu wajib untuk korang makan di sana.

Tapi bagi korang yang inginkan kelainan hidangan di kawasan pelancongan tanah tinggi ini, bolehlah mencuba pizza kayu api di Tiny Boutique Cafe di Kampung Taman Sedia. 

Apa yang menariknya? Pizza itu dibakar secara tradisional menggunakan ketuhar kayu api. 

Gambar : Reefism territory 

Dia bukan bakar siap-siap sebab mereka akan buat sebaik sahaja tempahan dibuat, that means pizza yang sampai dekat korang tu memang fresh dan baru masak beb! 

Pemilik kafe, Ahmad Myrza Abdul Rahman, 33, menggunakan kayu api kerana mahukan kelainan. Beliau ingin menyesuaikan sajian itu dengan konsep Inggeris di homestaynya.

A house that has a sign on the side of a building

Description automatically generated
Gambar : Reefism territory 

“Konsep ini sangat authentic di mana kita mengikut penyediaan asal pizza di Itali. Kita kembali kepada asas iaitu kayu, api dan pizza.

“Untuk merealisasikannya, kami menggunakan kayu berkualiti iaitu daripada kayu pokok pine yang sudah kering. Kayu ini menghasilkan bau asap yang berbeza dan membuatkan rasa pizza lebih sedap,” katanya.

Ahmad Myrza memberitahu, keistimewaan ketuhar kayu api berbanding ketuhar elektrik atau gas ialah membolehkan pizza dimasak lebih cepat tanpa merosakkan rasa dan teksturnya.

“Ketuhar biasa tak dapat capai suhu yang tinggi, jadi akan ambil masa nak masak. Ia akan menyebabkan pizza kering dan rasanya hilang.

“Tetapi kalau guna kayu api dengan suhu antara 400 hingga 500 darjah Celsius, pizza akan masak kurang dua minit. Rasa dan jusnya juga akan lebih ‘naik’,” katanya.

A view of a stone building

Description automatically generated

But, penyediannya bukan mudah sebab mereka akan start bakar kayu dua jam awal bagi mendapatkan suhu yang sesuai sebelum memasak pizza. 

So bagi menyelaraskan dengan signature Cameron Highlands, owner pizza tu telah menggunakan strawberi sebagai salah satu bahan dalam pizzanya.

“Memandangkan Cameron Highlands terkenal dengan strawberi, kita turut perkenalkan pizza serunding strawberi.

“Untuk pizza ini, kami menggunakan strawberi segar sebagai topping. Setakat ini, maklum balas pelanggan amat baik dan mereka memuji rasanya yang unik,” katanya. 

A view of a house

Description automatically generated
Instagram tinyboutiquehabitat 

Antara pilihan rasa tempatan lain ialah pizza rendang daging dan pizza ayam percik. Tidak ketinggalan ialah pilihan pizza authentic seperti pepperoni dan margherita.

Sebagai tambah nilai, kafe yang baharu beroperasi Disember tahun lalu itu juga memberi peluang kepada pelanggannya untuk mencuba membuat pizza dan memilih topping sendiri.

Di mana Boutique Cafe?

Terletak di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands

Menawarkan pelbagai jenis pizza

Pizza kayu api pertama di tanah tinggi itu

Menggunakan kayu pokok pine untuk membakar pizza

Ketuhar kayu api diimport dari Amerika Syarikat

Setiap pizza berukuran 12 inci dengan lapan kepingan tau!

Mungkin korang berminat dengan artikel ni?

Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur? https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-berani-tak-nak-try-makan-nasi-lemak-depan-kubur/

Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-patut-try-lunch-di-tengah-tengah-laut-dekat-sabah/

Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/stress-ke-jom-fly-lepaskan-geram-jerit-sekuat-hati-di-skytrex-sg-congkak/

Leave a Reply

Your email address will not be published.