Mana korang nak travel dengan bajet RM500?

0 Comments

Macam biasa kalau bab bercuti Cik Gaya akan sentiasa suggest dekat korang tempat yang murah tapi tetap boleh OOTD! Cantik, kerlas dan vogue, so tak ada lah IG korang sendu kan?

Kali ni idea menarik! Percutian under RM500..apa korang boleh buat dengan RM500 ni? Pergi Hat Yai lah weh…

Hat Yai adalah tempat yang paling dekat untuk ke Thailand dari utara Malaysia, hanya beberapa jam dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Ia salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana jaraknya yang dekat.

Bila korang sampai je, korang boleh pergi ke Pasar Terapung Hat Yai Khlong Hae yang terkenal dengan ratusan penjaja menjual aneka barangan dan makanan daripada sampan atau bot kecil yang kebanyakannya diwarisi turun-temurun.

gambar : nikkhazami.com

Selain itu korang boleh pergi ke Taman Perbandaran (Municipal Park), Muzium Magic Eye 3D, kuil Wat Hat Yai Nai dan air terjun Namtok Ton Nga Chang. Selain daripada tarikan bersejarah dan semula jadi, Hat Yai juga dikenali sebagai salah satu destinasi membeli-belah yang terbaik di Thailand.

Kawasan pelancongan ini dibanjiri dengan pasar kering dan basah, kedai serbaneka dan pusat membeli-belah bagi korang yang memang suka shopping!

Untuk korang yang sedang mencari ketenangan, lawati Pantai Samila yang indah dan santai sambil mengagumi patung Golden Mermaid.

Pengangkutan: korang boleh ke Hat Yai dengan menaiki bas atau kereta api dari Kuala Lumpur, dengan harga tiket serendah RM48. Korang juga boleh mengambil kereta api Perkhidmatan ETS dari KL ke Padang Besar dengan kos sekitar RM80. Kemudian, korang boleh menaiki bas atau minivan untuk terus ke kota Hat Yai.

gambar : nikkhazami.com

Makanan: Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan makanan Melayu dan halal di Hat Yai. Gerai-gerai jalanan mereka menawarkan aneka sajian dengan harga serendah THB50 (RM6).

Penginapan: Bergantung kepada bajet korang sendiri, terdapat bilik hostel murah dengan harga serendah RM30. Tetapi korang boleh mendapatkan penginapan yang lebih selesa jika korang bersedia untuk membayar lebih.

Jom try travel ke Hat Yai, on tak on guysss?

gambar : nikkhazami.com

Korang boleh baca artikel ni?
Korang berani tak nak try makan nasi lemak depan kubur
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.