‘Eco Bamboo House’ buat anda lupakan hotel eksklusif di Bali

0 Comments

Inginkan percutian yang sempurna? Rasanya tak perlu fikir panjang lagi, Bali adalah jawapan yang korang cari. Pulau eksotik ini menawarkan banyak tarikan menarik yang terdiri daripada pantai-pantai yang indah, kuil-kuil kuno dengan seni bina yang begitu unik dan banyak lagi.

Boleh dikatakan hampir kesemua destinasi di Bali ini menyajikan pemandangan yang memukau jiwa sehinggakan ia dianggap sebagai syurga dunia di samping lokasinya yang begitu dekat dengan Malaysia janganlah dilepaskan begitu sahaja. 

Dengan you guys tak perlu mengeluarkan belanja yang banyak sepertimana ke negara indah yang lain. Apa lagi yang you guys tunggukan untuk bercuti di sini sedangkan artis Hollywood pun ramai yang idamkan percutian ke sini tau.

Mungkin ada yang merasakan Bali sebagai destinasi yang terlalu padat dengan pelancong, tapi sebenarnya banyak juga lokasi yang tersorok dan dapat anda nikmati dengan privasi bersama keluarga.

So, hari ini Budak Kaca Mata nak share sikit dengan you all semua percutian Hideout Bali. Hideout ini bermaksud ia bukanlah sebuah hotel bertingkat namun merupakan tempat persembunyian yang bebas dari hiruk pikuk dan pencemaran kota.

A tree in front of a building Description automatically generated
A house with trees in the background Description automatically generated
A person standing in front of a mountain Description automatically generated

Hideout Bali yang menggunakan konsep ”Eco Bamboo House” ini terletak di perkampungan Selat, Kabupaten Karangasem, Timur Bali dan hanya mengambil masa kira-kira 30 mini daripada Sideman dan 1 jam 30 minit dari Ubud.

Penginapan rumah buluh mesra alam ini amat sesuai buat you guys yang sukakan penginapan unik sambil menghargai keindahan alam semula jadi. Tidak pelik pada I sekiranya konsep “Eco Bambo House” ini menduduki tempat ke-4 antara penginapan paling diiingini di dunia oleh Airbnb.

Kedudukan Hideout Bali ini sangat unik dan strategik yang terletak di pinggir kampung, berdekatan dengan sawah padi dan anak sungai serta menawarkan pemandangan kawasan volcano Gunung Agung.

Buat pengetahuan you guys, buluh ini berupaya menstabilkan suhu dan memberikan pengudaraan semula jadi. That’s why, bila you guys datang sini, Hideout Bali ini tidak dilengkapi penghawa dingin mahupun kipas kerana udara segar hutan sudah mampu menyejukkan rumah buluh.

A person standing next to a palm tree Description automatically generated
A large green field with a mountain in the background Description automatically generated

Ini barulah gaya sebenar seorang penggembara yang ingin merasai kehidupan asli di Bali. You guys jika datang sini nanti berpeluang melihat “Campuha” yang dipercayai sebagai kawasan suci dan pertemuan antara dua sungai mengikut masyarakat tempatan.

Di sini pelancong ditawarkan dengan enam jenis bilik Eco Bamboo House iaitu.

  • Hideout Bali
  • Hay House
  • Hideout Beehive
  • Hideout Falcon
  • Hideout Horizon
  • Hideout Lightroom

Apa yang menariknya, setiap satunya direka khas dengan perbezaan konsep, fasiliti bilik, ‘mood&vibes’ harga namun apa yang paling best, pengalaman di sini sangat unik.

Hideout Bali

A chair sitting in front of a building Description automatically generated
A person standing in front of a building Description automatically generated

Jika you guys inginkan suasana pagi yang nyaman seolah-olah you guys berada di kampung, inilah pilihannya. Rumah buloh ini terletak di tepi sungai yang indah di antara tepi sawah, ia sebuah penginapan eko yang lain daripada biasa dan paling tersembunyi dari keriuhan bandar Kuta ataupun Ubud.

Harga penginapan satu malam untuk rumah Hideout Bali adalah RM651

Hay House

A picture containing outdoor, tree, sky, grass Description automatically generated
A giraffe standing in a garden Description automatically generated
A picture containing indoor, chair, bed, sitting Description automatically generated

Hay House ini pula bebih berkonsep glamping, saiznya lebih kecil berbanding rumah buluh yang lain dan hanya boleh memuatkan dua orang sahaja. Yang ini sesuai bagi pasangan backpakers mahupun pengembara solo yang menginap dalam jangka masa pendek.

Harga penginapan untuk satu malam adalah RM202, antara jenis yang murah dan berpatutan yang ditawarkan di sini.

Hideout Beehive

A person standing in front of a building Description automatically generated
A group of palm trees next to a tree Description automatically generated

Rumah buluh ini berbentuk hexagon, konsep rumah dan dekorasinya pula diilhamkan dari bentuk sarang lebah. Rumah buluh jenis ini dilengkapi dapur terbuka, kolam renang persendirian, ruang santai berasingan serta buian.

Hideout Beehive mampu menampung empat orang tetamu serentak. Harga penginapan untuk satu malam adalah RM786.

Hideout Falcon

A picture containing outdoor, building, tree, sky Description automatically generated
A person standing next to a palm tree Description automatically generated

Konsep rumah buluh Falcon ini boleh dikatakan paling mewah di sini. Dilengkapi ciri paling menonjol iaitu deck kayu di bahagian depan rumah.

Selain itu, ia dilengkapi tab mandi terbuka yang diperbuat daripada batu serta suhu boleh laras membuatkannya kelihatan eksklusif. 

Vibes Hideout Falcon pula cukup sempurna buat pasangan yang sedang berbulan madu. Harga penginapan satu malam adalah RM718.

Hideout Horizon

A view of a house Description automatically generated
A picture containing table, chair Description automatically generated

Bagi I, boleh dikatakan rekaan bentuk hideout yang ini paling outstanding kerana menyediakan ruang penginapan terbuka!

Ruang bawahnya siap dilengkapi dengan dapur, peti ais mini, ruang tamu, ruang santai, dan kolam mandi mini.

Horizon tidak mempunyai tempat tidur spesifik, you guys bebas untuk tidur di mana sahaja. Sesuai untuk kumpulan penggembara yang ramai dan bergerak secara kumpulan.

Rasai pengalaman berbaring di atas jarring yang digantung merentasi kolam, buaian rotan, hammock tambahan yang cukup selesa buat anda

Harga penginapan untuk satu malam berjumlah RM853

Hideout Lightroom

A garden in front of a house Description automatically generated

Jenis rumah baharu ini adalah penginapan baharu yang diperkenalkan- yang ini kira ‘adik-beradik’ dengan rumah Hideout Bali.

Konsepnya yang lebih modern dan funky – sesuai untuk pengunjung yang inginkan percutian santai. Ini kalau I ajak kakak I, Dang Sari ni, confirm tak dia nak duduk Hideout ini atau Hideout Bali..sat lagi I nak try mesej kakak I lah, mahu tak duduk diam mendengarnya.

So, sekian sahaja review I untuk tempat ini walaupun I belum jejak lagi tempat ini but I dah masukan tempat ini sebagai salah satu list tempat untuk I bercuti pada tahun depan. I harap Airbnb boleh sponsor Raja Cuti menginap di sini :p

INFO

  • Alamat : JI. Jangu, Duda, Selat, Kabupaten Karangasem, Bali 80862, Indonesia
  • Website : Hideoutbali.com
  • Instagram : Hideout Bali

Artikel berkaitan
Ini serius! Iglo wujud di Kuala Sepetang
Jom rasai pengalaman rare, tidur dalam dome, beratapkan bintang dengan bunyian cengkerik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.