Kalau bercuti, Cik Gaya suka pada suatu kelainan dan tak sama dengan konsep percutian yang sebelum ni, so Cik Gaya akan cari tempat yang agak rare but masih lagi selesa.
Kalau korang sampai dekat Melaka, apa kata korang try tempat baru, tak payah stay dekat hotel, but this time cari yang kena dengan konsep Melaka, terkenal dengan zaman kemelayuan dia, iaitu di Kampong Pinang Sebatang Chalet Pengkalan Balak Melaka.
Tempat ni menarik sebab apa? Konsep dia sendiri, once korang sampai dia akan pasang lagu-lagu zaman P Ramlee, so korang macam duduk zaman nostalgia 60 ke 70-an. Dia punya rekaan bangunan pun macam berada di luar negara. Menarik kan?
Well tempat ni memang popular dengan konsepnya yang berbeza, sebab itu selalu pack bila weekend, so korang kena book lebih awal kalau nak datang,
Cik Gaya menyarankan korang datang sini, sebab sesuai tak kira golongan sama ada bujang ataupun yang dah berkahwin.
Kita cerita bab interior dia pula, bilik tidur dah macam rumah zaman dahulu kala yang diberi sentuhan moden, tingkap bilik pun jenis lama macam di rumah kampung. Cik Gaya terus teringat rumah atuk nenek di kampung dulu. Rekaan bilik air pun tak kurang uniknya. Dengan jubin berhiaskan corak geometri.
Bagi Pengantin baru yang nak berbulan madu sesuai lah ambil cuti lama sikit. Boleh habiskan memori indah di sini. Lagipun di Pengkalan Balak ada banyak juga tempat best.
Yang bestnya, Siap ada tub / jakuzi yang menghala betul ke pantai so korang boleh berendam di situ,
So pasal harga, korang pun boleh tengok pada website mereka which is tak mahal, korang boleh dapat RM150 untuk 1 malam dengan view yang berbeza hanya di Melaka!
Sumber gambar : ibusyurga.blogspot.com