9 pantang larang perlu dielakkan ketika ke Jepun

0 Comments

Bila dah kena perintah berkurung ini, I merindukan untuk pergi travel. Bila duduk rumah ini, tengok gambar-gambar masa pergi travel, memang miss giler nak pergi melancong.

Lagi-lagi I baru lepas tengok Cross Zero, rindunya suasana di Jepun tapi kalau korang nak tahu banyak tau pantang larang yang korang perlu ikut jika korang berhasrat nak bercuti ke Jepun.

Jepun merupakan antara lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia. Antara tempat yang menjadi pilihan termasuklah Tokyo dan Kyoto. Negara Jepun pun korang semua pun tahu kan negara ini sememangnya terkenal dengan budaya lemah lembut dan sopan santun. 

Sekiranya korang merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat, pastikan diorang bebas dari covid-19 and disamping tu korang tidak membuat pantang larang berikut.

1. Bersin Di Tempat awam

Bersin di khalayak ramai di Jepun dianggap tidak sopan kerana dianggap perbuatan yang kotor. Masyarakat Jepun ini terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang amat tinggi. Kalau boleh, korang tahan bersin atau cari tempat sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Sebaiknya pakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang jepun jika kurang sihat.

2. Tiada Tipping

Sesetengah tempat memberi tipping adalah perkara biasa kan tetapi di negara jepun amalan ini dianggap kurang sopan jika anda memberi tipping. Ini kerana, upah kerja yang dilakukan oleh mereka adalah hasil dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Jika korang ada terhutang budi kepada seseorang di sana, pemberian kecil seperti hadiah lebih diterima berbanding duit.

3. Tunduk atau ‘BOW’

Ini pun ramai yang tahu kan masyarakat Jepun sangat terkenal dengan budaya tunduk dan bow, amalan ini sering dilakukan ketika bertemu dengan individu lain untuk menunjukkan tanda hormat dan ingin menyapa dengan baik. Tetapi kalau korang nak buat I ingatkan jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ianya akan kelihatan pelik.

4. Jangan buang sampah merata-rata 

Negara Jepun terkenal dengan negara yang bersih dan paling susah untuk anda menemui sampah. Mereka sangat cinta akan kebersihan negara mereka dan tidak sesuka hati untuk mengotorkan negara mereka. Oleh itu, jika korang tidak menemui tong sampah, simpan dahulu sampah di dalam poket atau beg sebelum anda menemui tong sampah. Jika tidak, mungkin korang akan kena marah dengan orang Jepun.

5. Tidak Bercakap atau menggunakan telefon bimbit dengan nada yang kuat

Jika boleh, elakkan bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit di Jepun kerana ia seperti menggangu ketenteraman awam. Sekiranya di tempat awam seperti kereta api di Jepun, anda akan mendengar pengumuman meminta agar pengguna telefon mematikan telefon dalam mod senyap.

6. Berdiri di sebelah kiri escalator 

Di negara-negara maju seperti Jepun, mereka amat menghormati mereka yang perlu bergerak dan berjalan laju menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, kebanyakan mereka berdiri di sebelah kiri elevator jika tiada apa-apa urusan untuk cepat. Kecuali di Osaka ianya di sebelah kanan dan yang I perasan budaya ini pun sedikit sebanyak telah dibawa ke Malaysia.

7. Bahasa Inggeris

Jangan terkejut jika anda ke Jepun, mereka tidak faham apa yang anda cuba sampaikan. Ini kerana, mereka hanya mengagungkan bahasa mereka sejak dari dahulu lagi. Penggunaan bahasa Inggeris sangat rendah dan bahasa Jepun adalah bahasa utama pengantaraan di sana.

Jika korang tidak tahu berbahasa Jepun, boleh cuba berbahasa Inggeris dengan perlahan diikuti oleh isyarat tangan supaya mereka memahami. Selain itu, mungkin korang boleh memuat naik aplikasi bahasa jepun di telefon anda untuk membantu berkomunikasi di sana.

8. Minta Izin sebelum ambil gambar

Ambil gambar orang Jepun sebaik-baiknya minta izin dahulu. Jangan nampak cantik pakai kimono korang terus nak ambil gambar mereka senyap-senyap. Ini akan mendatangkan kemarahan kepada mereka walaupon anda pelancong. 

Jika korang sudah meminta kebenaran, dan mereka benarkan, baru korang ambil gambar mereka. Jika boleh Elakkan mengambil gambar budak-budak. ini kerana mereka akan beranggapan anda ingin mengancam anak mereka.

9. Jangan gunakan Chopstick untuk memberi makanan

Jika anda sedang makan di mana-mana restoran di Jepun dengan menggunakan Chopstick, jangan beri makanan kepada kawan anda disebelah atau berdekatan dengan anda menggunakan chopstick. Sebaliknya, angkat pinggan dan hulurkan kepada kawan anda. Ini kerana akan mengingatkan mereka kepada kematian. Oleh itu, amalam ini sangat dilarang sama sekali di Jepun.

So, kepada sesiapa yang ada plan nak ke Jepun, korang follow tau pantang-larang ini supaya memudahkan dan melancarkan percutian korang ke sana. Elok-elok nak happy-happy bercuti karang terus you guys mengamuk kerana kena marah orang Jepun sebab langgar pantang-pantang larang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.