Hari pertama bendung Covid-19 gagal : ramai lepak kedai makan, bisnes kaut untung masih ON!

0 Comments

Setakat hari pertama kita semua menjalani Covid-19, Cik Gaya fikir kita gagal untuk mengurangkan penyebaran wabak covid-19 ni sebab semalam je angka meningkat kepada 117 rekod baru, walaupun ada beberapa pesakit yang dah pulih dari wabak tersebut.

Sebab apa? Ha Cik Gaya tahu.. sebab masih ada yang tak dengar kata ni, boleh dok pi minum kopi teh tarik, sembang dengan kawan-kawan dekat kedai. Elok macam tak ada apa,

Gambar : FB Jefri Chua

Paling best Cik Gaya tengok, macam tengah bercuti sakan nak sambut hari raya. Yelah, ramai kan ambil cuti kalau nak sambut raya? Sambil-sambil tu minum lepak dengan kawan-kawan, barang dekat pasaraya habis sebab nak masak lauk untuk pagi raya. Betul kan Cik Gaya cakap ni..

Tu belum tambah lagi Cik Gaya kata ramai yang semalam decide nak balik kampung sebab cuti 2 minggu, tindakan uols macam ni lah yang membuatkan Perdana Menteri buat perutusan sekali lagi, tegaskan tak boleh balik kampung dan jangan pergi mana-mana. Sebab tak nak bagi virus tu tersebar.

Cik Gaya tengok PM buat perutusan malam tadi, siap dah keluar Bahasa tak formal, beritahu ‘iya saya tahu, saya pun suka duduk menyembang dengan kawan-kawan..’ haha tergelak Cik Gaya tengok. Habis merayu dah PM dengan kita semua supaya kita sedar dengan apa yang berlaku.

Benda tu berlaku di Pasar Payang Terengganu dan di pasar Cina Banting Selangor, boleh buat tak reti je, masih lagi fikir bisnes kan? Sampaikan pihak penguatkuasa buat rondaan dah disuruh hentikan perniagaan.

Jangan macam tu, kita semua kena tahan diri sekejap je..2 minggu je untuk bagi wabak tu berkurangan daripada tersebar dan dijangkiti orang lain. Kalau tak kita juga dalam bahaya.

Lepas 2 minggu ni kalau dah okay, kita masuk kerja balik macam biasa, lepas tu nak pergi sembang duduk sampai subuh pun okay, but for now..tahan diri dulu boleh guys? Ini semua untuk kita semua. Sayangkan nyawa diri sendiri dan sekeliling.

Untuk hari kedua ni, jom kita ubah jadi lebih bagus, tak lepak dan minum makan dekat kedai luar, elak bersosial dengan orang luar, kita lepak minum dekat rumah minum air jus buat sendiri sampai layan Netflix.

On tak On?

sumber gambar utama : Jefri Chua

Leave a Reply

Your email address will not be published.