Pencarum KWSP dibenar keluarkan RM500 sebulan dari akaun 2

0 Comments

Hi guys! ni mungkin info untuk korang yang rasa macam tak cukup duit unutk hidup, sebab ramai kan yang dicutikan tanpa gaji?

So PM ada buat sidang media dan menngeluarkan kita semua daripada masalah berbangkit ni.

So Cik Gaya sempat listkan untuk korang semua hadam apa yang disampaikan tadi.

  1. Kemudahan pengeluaran i-lestari bagi pencarum KWSP berjumlah 40 billion untuk pencarum bawah 55 tahun. Orang ramai boleh membuat pengeluaran dalam simpanan akaun 2 masing-masing sebanyak 500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Kerajaan bersetuju menyalurkan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyokong usaha menangani COVID-19 untuk membiayai peralatan perubatan. Peruntukan 100 juta untuk melantik dua ribu kakitangan baru secara kontrak terutama sekali jururawat untuk merawat pesakit.
  3. Kerajaan bersetuju memberi peruntukan RM130 juta bagi negeri-negeri bagi membantu menangani COVID-19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada peniaga kecil-kecil, penjaja dan pesakit COVID-19.
  4. Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan masa 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan PTPTN yang 750 juta. Berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga 30 Disember 2020.

Tambahan, kerajaan sedang meneliti lagi langkah bagi membantu rakyat dalam menangani masalah ekonomi negara ini. Semuanya rakyat akan diberi perhatian oleh kerajaan. Pakej rangsangan bantuan rakyat akan diperkenalkan pada 30 Mac 2020 bagi membantu mengukuhkan ekonomi dalam menangani wabak ini.

So tenangkan diri korang semua, dah boleh bawa keluar duit, jangan sibuk plan nak pergi bercuti pula! Make sure kelengkapan korang semua mencukupi okay?

sumber gambar utama: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.