Viral wajah sebenar covid-19 yang dibesar 2600 kali?

0 Comments

Ramai yang sendu sekarang tak boleh gerak pergi mana-mana, tak boleh bercuti semuanya gara-gara covid-19.

Tengah-tengah Cik Gaya scroll muka FB sekali Cik Gaya ternampak muka binatang yang dikatakan wajah sebenar covid-19. Mak aih seriuslah? Tercampak hp Cik Gaya bila dapat tahu benda ni.

Tapi kesahihannya tu Cik Gaya tak tahu lah.. Cuma penerangan yang diberikan pihak tertentu, boleh jadi benda ni betul.

Memang mengerikan!

Tular satu hantaran di laman Facebook dengan foto dan juga pautan video Youtube yang dikatakan ‘bentuk’ dan ‘wajah’ sebenar wabak COVID-19 yang telah dibesarkan sebanyak 2,600 kali.

Bagaimanapun ia telah disangkal dan dilaporkan palsu kerana imej tersebut adalah sebenarnya imej seekor kumbang yang dibesarkan.

Melalui hantaran yang dibuat oleh Ashari Helmy, beliau menyatakan di ruang Facebook peribadi miliknya bahawa ini adalah imej coronavirus yang telah dibesarkan sebanyak 2,600 kali. Di akhir kapsyen tersebut, beliau menyebut ‘Tuhan tahu yang terbaik’.

Video yang dimuat naik baru-baru ini tentang binatang tersebut telah mendapat 5,000 jumlah tontonan, dikongsi lebih 80 kali sebelum ia diturunkan. Manakala perkongsian maklumat tidak sah ini turut berlaku di laman Twitter.

Melalui satu carian, imej yang dikatakan sebagai COVID-19 telah mula dimuat naik pada 26 Februari, 2020 di laman sesawang bahasa Arab, eheliosworld.com.

gambar : FB Ashari Helmy

Laman tersebut menyatakan bahawa imej tersebut adalah Weevils, seekor kumbang yang berasal dari keturun Curamionoidea. Ia adalah kumbang yang kecil – tidak kurang dari 6 milimeter.

Weevil bukan virus. Ia adalah jenis serangga dari keluarga Curculionidae, menurut artikel yang dimuat naik di Ensiklopedia Britannica.

Maklumat yang dikeluarkan pada waktu-waktu begini memerlukan pandangan yang lebih mendalam kerana khuatir akan mengakibatkan situasi panik.

Memang Cik Gaya panic! Lol

Leave a Reply

Your email address will not be published.