Lapan Perkara Boleh Buat Anda Tersenyum Ketika “Lockdown” Covid-19

0 Comments

Good morning guys. It’s me again Budak Kaca Mata. Apa khabar you guys semua hari ini. I harap you guys semua sentiasa dalam keadaan sihat. Dah masuk seminggu dah kan guys kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakan demi mengurangkan wabak Covid-19 di Malaysia.

I rasa pasti di antara you guys yang pishang duduk rumah time perintah kawalan ini. Mana taknya, dulu kita boleh keluar kalau bosan-bosan. Sekarang ini kita cuma boleh keluar hanya untuk membeli barangan keperluan harian.

Namun sebenarnya guys banyak benda yang boleh kita lakukan ketika time Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini antara aktiviti yang boleh korang lakukan. So enjoy guys!

1.Work From Home

Kredit : Ringgit Plus

Bagi mereka yang cuti ini memang syok buat mereka namun masih ada kan yang perlu bekerja di rumah? Inilah masa korang nak kerja secara relaks guys! At least you guys dah tak perlu fikir nak pakai apa atau nak kena gosok baju ke.

Dan yang paling penting korang tak perlu nak takut pun lewat ke tempat kerja. Korang masuk kerja pukul 9 pagi, 8.30 pagi boleh kot korang bangun. Selalunya kita kena bangun awal kan takut terlambat ke office disebabkan kesesakan lalu lintas.

2. Luangkan masa bersama keluarga

Kredit : Maggie Fuller

Buat you guys yang ada anak, mesti korang tiada masa untuk bersama mereka kan? Sekaranglah masanya untuk korang luangkan masa bersama mereka khususnya mereka yang ada anak-anak kecil! Maklumlah sebelum ini kita sibuk dengan kerja

Inilah masa untuk kita bertanyakan kepada anak permasalahan yang mereka ingin kongsikan kepada you guys as a parents atau boleh buat DIY bersama anak-anak atau teman mereka bermain.

3. Layan movie online

Kredit : Home blogger

Buat kaki movie, perintah inilah waktu paling pishang buat you guys, kan? Dah tak boleh keluar tengok wayang tapia pa ada hal, korang layan je movie atau drama secara online. Sekarang dah ada banyak website yang korang boleh search. Pastikan bukan cetak rompak ya guys!

Lagipun Astro dan Netflix telah memberikan tontonan percuma buat rakyat Malaysia sempena perintah kawalan. So, apa guys, jangan lepaskan peluang, tak pernah Astro dan Netflix nak bagi rancangan percuma selama ini.

4. Main games

Kredit : Getty Images

Kaki gamers takda hal punya, mesti you guys tak panik dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini, kan? Bilik korang memang dah jadi “Main Cave” untuk gaming setiap masa tapi jangan pula main sampai tak ingat dunia ye.

Jangan pula dari pagi sampai ke malam korang layan games, tak jadi apa hidup korang nanti.

5.Bersenam

Ingat duduk dalam rumah tak boleh bersenam ke guys? Boleh sebenarnya kalau korang nak buat. Walaupun tanpa peralatan khas, korang boleh buat senaman ringkas tapi padu tau? Sekarang ini pun banyak aplikasi workout yang boleh didownload dan dilakukan di rumah.

Jadi guys, mulakan berseman. I tak nak kita semua lepas Perintah Kawalan, Malaysia pula tersenarai rakyat paling ramai obesity selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

6.Makan

Kredit : I Stock

Kalau dah tak tahu nak buat apa di rumah? Makan sahaja guys dan makan lagi! Inilah masanya untuk korang mencuba menu-menu yang viral. I dah cuba dah air buat air Dalgona Coffee. Ini semua Cik Gaya punya pasal, dah I pun terpengaruh juga but guys memang sedap tau

Tapi I nak nasihatkan you guys selepas dah banyak makan itu kena pastikan lepas tu korang exercise pula dekat rumah, kalau tidak lepas Perintah Kawalan, naiklah berat badan korang.

7.Tidur

Kredit : Show Biz

Selalu tak cukup tidur sebab kerja ataupun bergayut tengah malam? Kalau korang sama, kitab oleh geng guys. I selalu tak cukup tidur disebabkan perlu menyiapkan kerja waktu malam. So, bila dah kena Perintah Kawalan Pergerakan ini, Sekaranglah masa untuk you guys balas dendam!

Memang syahdu sebenarnya duduk rumah ni tidur. I paling suka sebab bila buat kerja dari rumah ini, kalau I ngantuk ke or penat I boleh chill, baring-baring dulu. Kalau dekat office, memang idoklah I nak buat begini. Balik karang baru boleh relaks.

8.Kemas Rumah

Tiada lagi alasan tiada masa untuk kemas rumah! Sekaranglah masanya untuk korang sapu lantai, cuci bilik air dan buang sampah! Lap dinding, tengok homework anak,  lebih closed dgn asben, makan romantik2 ala2 hotel tingat time kaple… leh wat candle light diner sendiri lagi jimat. Jadikan aktiviti yang memenatkan ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

So guys, apa yang ditunggu lagi, jom mulakan aktiviti yang dah I senaraikan untuk you alls yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress you guys terperap di rumah. Just stay home guys and keep healthy!

Artikel berkaitan Akibat Degil! Polis ‘Jemput’ Ayah Anggota Tabligh Jalani Saringan Covid-19

Artikel berkaitan Kaki travel boleh bincang dengan hotel untuk tuntut wang semula

Leave a Reply

Your email address will not be published.