Kita sibuk nak putuskan rantaian Covid-19, tapi masih ada yang berdegil pergi minum kopi dekat kedai dengan kawan-kawan.
Korang marah tak? Atau korang takde rasa apa-apa.. yelah Cik Gaya cakap macam ni sebab kita berusaha lah berkurung dalam rumah, tapi ada orang buat keras kepala.
Benda ni berlaku di sebuah kedai kopi K’Yong Muhibbah Ceria di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pemiliknya, Yong, berkata dia dah sound pakcik-pakcik tu tapi masing-masing tak nak berganjak, terus je minum kopi sambil membawang.
“Kami suruh mereka balik beberapa kali tetapi mereka tak hirau.
“Mereka juga tak peduli bila kami tunjuk kepada mereka bahawa seseorang telah berkongsi foto mereka di media sosial,” katanya.
Hrm boleh tahan kental kan pakcik-pakcik ni haha.. Cik Gaya pun pening apa nak buat dengan mereka ni.
Nak rasa apa pun dah keliru, marah ke, nak nangis ke, kelakar ke. Tapi pakcik-pakcik kena ingat, virus ni suka serang warga emas, baik duduk dekat rumah je patuh dengan kerajaan, jangan ikutkan hati sangat.
Lepas dah habis tempoh kuarantin, ha sambung lah membawang, duduklah berapa lama pun.
Tapi korang yang baca ni jangan pula senyap-senyap pergi ke Penang, join pakcik ni minum kopi sambil membawang! Haha