Rindunya! 10 Makanan Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

0 Comments

Bila dah masuk minggu kedua ini kan, Dang asyik teringatkan benda-benda lama khususnya makanan zaman kanak-kanak yang mampu menggamit memori Dang.

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling ‘syok’ sekali buat Dang Sari. Mana taknya, tiada tanggungjawab berat yang perlu dijalankan, tiada bil-bil penting yang perlu dilunaskan. Berseronok merupakan perkara utama yang sentiasa di fikiran.

Oleh itu, hari ini Dang akan senaraikan 10 makanan zaman kanak-kanak yang pasti akan buat korang rindu tak terhingga kepada zaman tersebut. Teruskan membaca!

Walaupun sentiasa dilarang oleh emak, anda pasti akan beli juga gula-gula dan menikmatinya bersama rakan-rakan di taman permainan, bukan? Jenis gula-gula yang digemari juga ada berbagai.

1. Eyeglass with Candy

Kredit : Shopee
Kredit : themalaysiantimes

Gula-gula ini kalau dulu budak tak pegang memang tak sah dan memang cukup popular di kalangan kanak-kanak.

Bentuk bungkusan yang seolah-olah kaca mata ini membuatkan ianya digelar sebegitu rupa. Warna gula-gula juga ada berbagai, patutlah kanak-kanak mudah tertarik! Ini memang antara gula-gula yang Dang suka makan waktu kecil.

2. Gula-gula Susu Bento

Kredit : Shopee
Kredit : Shopee

Jenis coklat seterusnya ialah gula-gula susu Bento. Ini merupakan antara yang paling terkenal sekali di kalangan kanak-kanak. Rasanya yang manis dan berlemak, perisa yang berbagai serta harganya yang murah membuatkan ramai kanak-kanak menggemarinya.

3. Gula-gula Nano-Nano

Kredit : Mforum
Kredit : Budak Vanilla

Teringat Dang lagu-lagu ini “Oh Nano Nano saya tak sabar. Saya gemar, rasanya sedap, manis masam masin nano nano na nana nano nano!!”. Terngiang-ngiang lagu ini di kepala Dang korang. Dulu budak mana tak kenal lagu ini. Of course kenal punya.

Adakah korang masih ingat lagunya ini tak sering menghiasi iklan di kaca tv pada zaman dahulu pasti mula terngiang-ngiang di telinga korang, bukan? Rasa orennya yang manis membuatkan ianya menjadi kegilaan ramai.

4. Gula-gula Getah Boomer

Kredit : Shopee

Sebut sahaja tentang gula-gula getah, jenis ini pasti mula terlintas di minda anda – Boomer. Gula-gula getah ini sememangnya mendapat sambutan yang hangat suatu ketika dahulu. Perisanya yang berbagai juga membuatkan ramai menggemarinya.

Dang memang tak minat gula-gula ini but adik I, Budak Kaca Mata dia memang hantu dengan gula-gula getah ini.

5. Mamee

Kredit : Mamee.com
Kredit : Oh bulan

Jajan ini memang legend bagi Dang Sari sebab bukan sahaja zaman Dang Sari lepastu dia takda dah namun masih kekal ada sehingga sekarang.

Apa yang istimewanya mamee ini bukan pada zaman kanak-kanak sahaja malah sehingga dewasa pun kita masih menggemarinya macam Dang Sari. Serbuk yang disediakan bersama menggandakan lagi keenakannya!

7. Super Ring

Kredit : Superring

Keropok serbuk keju ini semestinya akan tersenarai bersama jika kita bercakap tentang makanan zaman kanak-kanak – Super Ring! Jajan ini memang keropok favourite Dang Sari nombor satu dalam list Dang.

Rasa keju yang tidak memuakkan ini memang membuat ramai ketagih. Lebih enak dinikmati semasa menonton kartun kegemaran namun apa yang menyedihkan rasanya tidak kekal sama masa zaman Dang kecik dulu. Dulu kejunya terasa namun sekarang tak sebanyak dulu keju yang diletakkan.

8. Popcorn Perasa Durian

Kredit : Hani Precious

Bila terdengar sahaja nama keropok ini, popcorn durian pasti korang sudah mula terliur terbayangkan rasa jagung dan durian yang manis, bukan? Keropok ini juga merupakan antara yang paling popular di kalangan kanak-kanak zaman dahulu. Sedap yang amat!

Tapi Dang kurang sikit dengan jajan ini sebab Dang Sari memang tak jalan sikit jika diberikan makanan yang berasaskan durian.

9. Tam Tam

Kredit : Ali Baba

Keropok Tam Tam ini juga merupakan antara keropok kegemaran ramai. Bukan sahaja semasa zaman kanak-kanak, malah sehingga dewasa pun ianya masih lagi disukai ramai. Betul, ini tak tipu sebab Budak Kaca Mata dia memang giler makan jajan ni. Kami yakin korang juga pasti merupakan antara peminatnya!

10. Yan Yan

Kredit : Yan Yan Snacks
Kredit : Wikiwand

Yan-yan merupakan jenama snek yang pasti sudah tidak asing lagi buat kita. Siapa je yang tak kenal dengan snek ini Ianya didatangkan dengan dua perisa iaitu coklat dan strawberi. Snek ini bukan sahaja manis, malah keenakkannya juga boleh bikin ramai ketagih.

Banyak juga makanan zaman kanak-kanak yang boleh didapati kan. Ini pun bukan kesemuanya, ada banyak lagi yang tidak Dang Sari senaraikan. Yang pasti, Dang Sari yakin korang pasti sudah mula rindu zaman kanak-kanak hanya dengan melihat gambar makanan-makanan ini, bukan?

Apa kata pada Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita menghabiskan masa untuk mencari makanan-makanan ini. Dang Sari dah mula membelinya. Korang jangan risau, ada kebanyakan makanan yang Dang Sari senaraikan ini masih boleh didapati di pasaran.

Baik secara atas talian atau di pasaraya, korang masih boleh menikmatinya lagi. Jadi, dapatkan dengan segera jika perut mula mengidamkannya! Better korang order je dekat online. Ada je korang, lepas baik kita buat order di online sebab tak kebanyakannya ada di pasar raya. Lagipun lebih baik kita “Just Stay Home”

Leave a Reply

Your email address will not be published.