Bukan polis, pocong yang buat roadblock!

0 Comments

Memang semua orang takut kan kalau sebut pasal pocong? Sebab pocong tu hantu lah! haha siapa je berani dengan hantu ni? Cik Gaya pun takde bela saka nak tolong lawan dengan hantu macam pocong ni! haha

Benda alah ni kalau dia rasa nak muncul, dia muncul je. so kita orang biasa ni boleh nampak kalau nasib kurang baik. Tapi ada je orang buat-buat menyamar jadi pocong sebab nak takutkan orang ramai! Haha

Lagi lah dalam keadaan kena kuarantin ni, so siapa yang keluar dari rumah, memang korang akan nampak pocong ni. Kejadiannya berlaku sebuah kampung di Kabupaten Purworejo, Indonesia yang menjalani kuarantin dan mereka tak dijaga oleh polis dan tentera macam Malaysia.

Mereka akan dijaga oleh pocong supaya ramai yang takut untuk keluar rumah. Tujuan lain menggunakan pocong adalah simbolik kepada kematian, iaitu mereka akan mati kerana dijangkiti covid-kalau keluar rumah! Haha menarik kan?

“Pocong itu mengingatkan kita pada kematian, jadi sesiapa sahaja yang mengejek dan tidak mengikut langkah pencegahan penyebaran virus tersebut boleh menjadi pocong atau mati. Semoga wabak ini akan cepat berakhir,” kata seorang pemimpin komuniti di kampung Tuk Songo, Kecamatan Purworejo, Angko Setiyarso Widodo.

Kejadian dilihat apabila sepasang ‘pocong’ sedang berjaga di jalan masuk utama Dusun Tuk Songo, Purworejo. Dua pocong itu bertindak untuk mengawasi penduduk kampung atau di luar kampung yang ingin keluar masuk ke wilayah tersebut.

Kerana kuarantin ni, semua jalan masuk kampung ditutup dan penduduk hanya melalui satu jalan yang dijaga oleh dua ‘pocong’ itu. Bukan hantu, namun penduduk setempat yang menggunakan kostum seperti pocong.

sumber : Detiknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.