Menari waktu acara pengebumian? ini tempatnya…

0 Comments

Pernah tak korang tengok dekat majlis pengebumian, orang gelak tawa, bahagia dan gembira sebab orang tu dah meninggal dunia? Tak pernah kan.

Sebab benda normal yang Cik Gaya akan tengok, ahli keluarga akan menangis sebab sedih insan tersayang dah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Tapi ni berbeza dekat 1 kawasan, siap ada breakdance lagi waktu acara pengebumian, Haha pelik kan?

Ia hanya berlaku di negara Ghana sahaja dan ia dikenali sebagai tarian usung keranda (Pallbearers), tarian ini dijadikan salah satu tradisi penghormatan terakhir buat si mati yang ingin berjumpa dengan tuhan.

Menurut BBC News, proses pertama mereka akan berdoa di gereja, tetapi sebahagian besar acara pemakaman itu diisi dengan acara tarian dan menyanyi je.

Tarian ini disertakan dengan tepukan tangan, hentakan kaki ke tanah sebagai tanda meraikan kebaikan si mati semasa hidupnya. So sambil menari tu mereka bawa keranda dan dalam keranda itu ada mayatnya!

Sambil bawa keranda tu juga, ada di antara mereka yang membuat tarian dengan melombat, back-flip, sebab pada mereka lagi padu tarian tu, lagi bahagia roh si mati! Seriuslah? Haha

Bagi mereka acara ini menunjukkan si mati pada saat kehidupannya adalah seorang yang baik dan peramah dengan jiran tetangga.  

Khidmat tarian ini sangat laku keras di Ghana, so kalau korang ada bakat terpendam yang selalu buat TikTok, atau bekas penari Raver, korang boleh la try bakat di Ghana.

Sebab dengan cara ni, korang mampu jadi penari yang kaya dan berjaya di sana! Haha

Korang boleh tengok video dekat bawah ni macam mana mereka berjoget!

Leave a Reply

Your email address will not be published.