Pening Tiket Australia ‘Burn’ Dek Kerana Visa Ditolak! Jangan Risau, Ini Cara Untuk ‘Refund’

0 Comments

Kebelakangan ini, ada sahaja kisah visa rakyat Malaysia ditolak membuatkan perancangan percutian ke Australia terbantut yang disebabkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang bekerja memetik buah secara haram di sana menggunakan visa pelancong.

Dek kerana itu, Australia memperketatkan lagi peraturan dan ini amat menyukarkan mereka yang benar-benar ingin melancong ke Australia. Bagaimana jika sudah membeli tiket penerbangan namun visa pula ‘tersangkut’? Bukan sahaja meruntun jiwa kerana impian ke sana musnah, bahkan tiket penerbangan juga turut melayang.

Jangan risau, jika visa anda tidak diluluskan ada harapan untuk menerima pulangan wang (refund) untuk tiket penerbangan. Dang Sari kongsikan tips yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Nabilah Johar, khusus untuk penerbangan AirAsia.

1. Hubungi Airasia (Nabilah hubungi melalui Twitter)

2. Bagitahu yang visa tak lulus dan sekalikan tangkap layar visa refusal memo.

3. Nanti Airasia akan minta tempahan nombor, nama dan butiran lain-lain.

Dalam kes Nabilah, dirinya menghubungi Airasia lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh penerbangan. Jadi, AirAsia hanya caj cancellation fees RM140/1 sehala. Selebihnya pulangan wang melalui credit account.

Credit account boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan seterusnya atau mahu bayarkan tiket orang lain pun boleh. Perlu diingatkan credit account akan tamat tempoh selepas 3 bulan.

Jumlah pulangan wang yang diterima sebanyak RM402 (harga tiket asal RM682).

Menurut Nabilah, boleh menerima pulangan wang sepenuhnya dari AirAsia jika menuntut awal dua atau tiga bulan sebelum tarikh penerbangan.

Jadi, lepas ni kalau ada yang pergi Australia tapi visa ditolak, hah, ikut tips ni gaiss!

Artikel berkaitan
Idea Kreatif ini Buat Anda Tak Sabar Melancong Selepas PKP
Air Asia ‘Izin’ Tukar Tarikh Tiket Penerbangan Dek Kerana Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published.