Penjawat Awam Boleh Nikmati Insurans Perjalanan Secara ‘Free’ Ke Luar Negara?

0 Comments

Menjadi penjawat awam bagi Dang Sari sangatlah banyak keistimewaannya, antaranya bantuan bonus, elaun, kenaikan pangkat, cuti yang fleksibel dan sebagainya. Untung sangat jadi org gomen ni.

Namun tahukah pembaca Dang Sari khususnya penjawat awam, korang juga diberikan keistimewaan menerima tajaan insurans perjalanan ke luar negara sekali dalam masa setahun?

Bagaimana cara untuk memohon? Ikuti langkah di bawah seperti yang dikongsikan oleh rakan Facebook Dang Sari, Jawahir Wan

1. Isi permohonan cuti di HRMIS.

2. Isi permohonan perjalanan ke luar negara di SPPKN.

3. Beli insurans sendiri terlebih dahulu. Setelah pulang bercuti, tuntut refund di bahagian kewangan.

Dokumen yang diperlukan:

a) Invoice atau resit insurans perjalanan.
b) Surat kelulusan SPPKNJKN (boleh dicetak)
c) Salinan kad pengenalan.
d) Salinan penyata bank.

Mudah bukan..jadi bukan abam abam government lepas PKP ini ada yang plan nak pi luar negara, jangan lupa ikut tips ni,okay…

Artikel berkaitan
Idea Kreatif ini Buat Anda Tak Sabar Melancong Selepas PKP
Air Asia ‘Izin’ Tukar Tarikh Tiket Penerbangan Dek Kerana Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published.