Setiap kali korang bercuti, korang akan pergi ke stay dekat hotel. Tak bosan ke? Cuba lah ubah fikiran sikit dan cari something yang challenge and benda yang korang tak pernah buat sebelum ni.
Cik Gaya ada idea kat korang, jom kita stay dekat hotel pembetung di Sungai Lembing, Kuantan, banyak style gambar korang boleh ambik dekat sini!
Yang bestnya, korang boleh keluar dari kesibukan KL, tenangkan fikiran and enjoy ur life!
Cik Gaya rasa siapa pun boleh sampai dekat sini sebab harganya murah dan korang boleh share dengan kawan-kawan korang yang nak pegi.
Nama tempat ni, Time Capsule Retreat, dia ada beberapa jenis bilik, iaitu cottage room, capsule room dan parallel room… setiap bilik harga berlainan ye… dan antara kemudahan yang disediakan adalah wifi, kalau yang pilih bilik jenis cottage.
Korang jangan risau, bilik air memang sedia ada dalam bilik tu, kecuali kalau korang pilih capsule, tandas dan bilik air di luar dan berkongsi. Untuk parallel, biliknya memang di dalam bilik.
Bagi yang datang berkumpulan, untuk nak buat BBQ korang boleh pilih BBQ, BBQ ni just kita bayar, dorang siap masak kat sana. So malam tu, makan sahaja.