Lila Wadi Miliki Kek Keju Mangga Paling Lazat Di Pantai Timur?

0 Comments

Sekiranya korang sebut sahaja nama restoran ini pada warga Kuantan, pasti kebanyakannya tahu dan pernah terdengar tentang restoran yang sangat popular ini, bukan? Restoran Lila Wadi!

Jika korang dalam perjalanan ke Teluk Cempedak, pasti akan terjumpa restorannya. Alang-alang bagi sesiapa nak makan angin selepas PKP, singgah sahaja untuk mengisi perut dengan hidangan yang menarik di sini.

Kredit : Tempat Menarik

Tertanya-tanya menu apa yang istimewa dan popular yang boleh anda cuba di Restoran Lila Wadi? Jom, hari ini Dang Sari akan ceritakan keistimewaan yang ada pada Lila Wadi.

Steamboat BBQ Padu Thoq, Rugi Tak Cuba!

Kredit : Facebook Lila Wadi
Kredit : Facebook Lila Wadi

Ingin singgah di restoran ini untuk makan sambil bersantai bersama keluarga? Dang Sari cadangkan agar korang cuba BBQ Steamboat di restoran ini, dijamin memang terbaik!

BBQ Steamboat ini sangat istimewa kerana bahan BBQ menggunakan bahan asli. Jadi, semestinya lauk yang dimasak lebih segar, menyelerakan dan menyihatkan.

Kredit : Facebook Lila Wadi

Ada empat jenis set BBQ Steamboat yang boleh anda pilih – lamb supreme, beef supreme, chicken supreme dan seafood supreme. Pesan sahaja set yang kena dengan citarasa anda.

Kek Keju Yang Sedap, Wajib Dicuba Di Restoran Lila Wadi

Kredit : Facebook Lila Wadi

Bila Dang Sari sebut sahaja tentang kek keju, pasti ramai pembaca mula terliur terdengar namanya. Tidak dinafikan, pencuci mulut ini sememangnya kek kegemaran ramai. Memang wajib dicuba. Orang datang sini pun sebab Kek Keju dia tau.

Kek keju merupakan pencuci mulut yang terlaris di restoran ini. Antara kek keju yang disediakan ialah kek keju durian, kek keju mangga, kek keju coklat dan kek keju oreo.

Kredit : Facebook Lila Wadi
Kredit : Facebook Lila Wadi

Dang Sari syorkan agar anda cuba kek keju mangga dan kek keju coklat. Ianya kaya dengan keju namun tidak memuakkan. Malah, rasa lemak berkrimnya akan buat anda terpikat!

Makanan Barat Yang ‘Mantop’ Dan Lazat

Kredit : Facebook Lila Wadi

Teringin untuk menikmati makanan Barat? Restoran ini juga turut terkenal dengan menu tersebut. Ada 4 jenis hidangan yang boleh dipesan – starter, western, burger & pasta.

Menu-menu yang boleh dinikmati ialah spaghetti carbonara, new york cheese burger dan prawn tempura. Keliru nak pesan yang mana? Pesan sahaja kesemuanya sekali, pasti lebih meriah & sedap!

Kredit : Facebook Lila Wadi
Kredit : Facebook Lila Wadi

Selain itu, korang juga boleh cuba chicken chop, swedish meatball dan lamb chop. Untuk chicken chop, anda boleh pilih sama ada anda mahu ianya dipanggang atau digoreng.

Itu saje! Ada Lagi Gaiss

Kredit : Facebook Lila Wadi
Kredit : Facebook Lila Wadi

Untuk minuman, pasti anda mahu menikmati minuman yang menyegarkan tekak, bukan? Cubalah dua jenis minuman yang ‘laku keras’ di restoran ini – ginger lemon cooler dan pandan cooler.

Walaupun kedua-duanya berbeza dari segi rasa, namun kesegaran yang dijanjikan tetap sama. Kalau anda menikmatinya semasa sedang kering tekak, pasti puas tak terhingga!

Pasti ada di antara korang tak sabar-sabar mahu menikmati keenakan hidangan di Restoran Lila Wadi, bukan? Jika berpeluang ke Kuantan selepas PKP nanti, singgah sahaja sebelum terlepas peluang.

Berikut Dang Sari sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai, takut nanti berebut tempat parkir dan tempat duduk dalam restoran pula. Dang Sari cadangkan korang datang waktu hari bekerja. Kalau datang hujung minggu alamatnya beraturlah korang…

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 11.20 malam

Artikel berkaitan
Kedai Mie jamu mata pengunjung dengan Jalur Gemilang setiap hari
Pilot Cafe Cipta Rasa Western ‘Terboek’ di Kangar

Leave a Reply

Your email address will not be published.