Satu-satunya kafe hipster pie di Malaysia… ini tempatnya…

0 Comments

Korang kan memang suka cari tempat yang vintage dan hipster untuk makan dan lepak dengan member, Cik Gaya ada idea untuk korang. 

Nama kedai ni A Pie Thing! Khas untuk korang yang suka try macam-macam pie, so korang boleh duduk sini sambil buat kerja, or chill dengan member2. 

Once korang sampai, tengok design signboard je pun dah cantik. Simple and unik! Cantik dan ada gaya tersendiri. Kan? 

A Pie Thing sesuai untuk semua golongan, dan dagingnya juga segar, dan diperoleh daripada pengedar yang halal. So for muslim, jangan risau tentang halal di kafe ni okay!? 

A Pie Thing adalah sebuah restoran yang dibuka di Damansara Uptown. Menerusi namanya, mereka sememangnya pakar dalam penghasilan pie yang tidak boleh dijumpai di mana-mana restoran di Kuala Lumpur, malah di seluruh Malaysia.

Ada macam-macam jenis pie, bergantung pada citarasa korang nak yang macam mana and harga dia pun berpatutan! Jangan risau, ni bukan kafe untuk orang have-have, semua orang mampu milik! 

But kalau korang pergi waktu bekerja nanti, jalannya agak sesak sebab kawasannya betul-betul di tengah bandar.

Ala okay je, bila lagi nak merasa kan? Jom lepas PKP ni plan dgn member try makan pie pulak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.