Peminat dekorasi hipster… tempat menarik untuk staycation!

0 Comments

Satu tempat yang u guys boleh pergi untuk staycation is Ipoh! Dekat sana ada 1 hotel yg menampilkan kelainan tersendiri yg tak sama dengan hotel-hotel lain, iaitu M Boutique Hotel! 

Tempat dia yg unik, pemilihan hotel dekat sini akan memberikan korang staycation yg sangat santai, chill dan relaks. 

Sedikit info untuk korang, konsep hotel butik ini mereka bukan sekadar ‘menjual’ tempat penginapan semata-mata, tetapi mereka lebih kepada ‘menjual’ nilai-nilai, gaya hidup dan perasaan yang dapat dirasai oleh para pengunjung di hotelnya.

Korang bukan sekadar rasa happy, tenang, relaks dengan percutian cara macam ni, malah juga boleh berkongsi gambar yang cantik bersama rakan-rakan di sosial media.

Terletak di Jalan Hala Datuk, tidak jauh dari pusat bandar Ipoh, Hotel M Boutique menjadikan pengaruh zaman kolonial Malaysia dan dekorasi urban moden sebagai tema utama hotel mereka. 

Haaa kiranya kesemua reka bentuk dan hiasan di dalam Hotel M Boutique Ipoh ini, adalah hasil gabungan 2 zaman iaitu zaman bersejarah terdahulu, tetapi dikemaskan dengan sentuhan kontemporari moden sekarang.

Cik Gaya yakin once korang menjejakkan kaki ke sini, korang akan terkesima dengan kecantikan hiasan & dekorasi hotel. Para penggemar seni fotografi & peminat dekorasi hipster pasti akan suka dan teruja untuk staycation di sini. 

Boleh dikatakan, setiap sudut hotel adalah tempat OOTD dan instagram-worthy. Haaa gitteeww! 

Hotel M Boutique Ipoh mempunyai jumlah 93 buah bilik kesemuanya, 3 tingkat yang mempunyai tema berlainan, dan 5 jenis bilik untuk dipilih. Setiap tingkat mempunyai tema tertentu, dilengkapi dengan perabot unik menghiasi di dalam dan di luar bilik. Tingkat 1 bertemakan ‘The Adventure Theme’, Tingkat 2 pula bertemakan ‘The Majestic Theme’, manakala Tingkat 3 bertemakan ‘The Excelsior Theme’. Haaa baca nama tema pun dah tau hotel ni unik kan? Haha. 

Dekorasi bilik dihiasi dengan susunan batu-bata yang klasik dan juga panel kayu yang hipster. Dinding bilik pula dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar dan nombor.

Bab suasana toilet pulak, memang tiptop kebabommm! Walaupun tak besar, tiada bath tub, tapi sangat bersih, sangat kemas. 

M Boutique ni pun betul-betul berada di bandar Ipoh so agak strategic kalau korang nak jalan sana sini cari makan or pergi ke tempat-tempat menarik yg lain! 

Sumber : https://faraamusa.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.